Pink Bobblehead Bunny -->

Monday 28 January 2013

Sayang Perlu Diucapkan


Sayang perlu diucapkan
Mesti kita tunjuk kannya
Sayang perlu dikekalkan
Di sepanjang hayat
Sayangkan ibu ayah
Dan saudara 
Teman sekeliling kita 
Sayang semua 
Saling suka 
Hormat diantara kita
Sayang ku oh kepada sidia
Riang pabila bersama
Hidup ku rasa bahagia
Selalu aku gembira
Oh... marilah
Mengucapkan
Kasih sayang
Pada semuanya
Oh marilah
Bergembira
Menyayangi mengasihi
Oh... mereka

Ikhlas,
Gadis Comel

Saturday 26 January 2013

Bermulanya Kehidupan Baru

Assalamualaikum... Hye...

Seperti yang anda sedia maklum, aku telah meninggalkan bumi Pahang pada 21 Januari 2013. Makanya, selepas ini kehidupan aku akan berada di rumah sahaja. Untuk makluman anda semua, aku akan menjalani latihan industri pada 18 Febuari 2013 - 8 Ogos 2013. So, sebelum aku menghadiri L.I, aku akan berada di rumah sahaja. Aku hanya kerje part time di rumah sahaja.

Rutin harian aku setiap hari sama sahaja. Celik sahaja mata, aku bersihkan diri. Selepas itu, memasak, kemas rumah, basuh baju. Jaga Alia. Sampaikan kerje rumah ni aku dh expert ! Kalau ada anugerah suri rumah tangga yang berjaya, mungkin aku dinobatkan sebagai juara ! Mana tak nya, sampaikan uruskan budak kecik pun aku buat ! Cume uruskan suami je aku tak buat sebab aku masih anak dara.

Sepanjang aku bercuti nih, aku diarahkan oleh emak aku untuk biasakan diri bawa kerete manual. Almaklumlah, aku nih pakar bawa kereta auto je. Tapi ! Jangan fikir aku tak reti langsung bawa kerete manual ! Bukan aku tak reti, aku nih cume gerun je bawa kerete manual bile kat bukit. Risau kerete ke belakang pula. hehe

Ada baiknya aku biasakan diri bawa kerete nih. So, bile aku jalan-jalan bawa kerete, bolehlah aku kenal-kenal kawasan di Pasir Gudang. haha Bunyi macam aku nih bukan orang Pasir Gudang kan? Ya ! Aku memang orang Pasir Gudang ! Tapi, secara ikhlasnya aku memang tak tahu sangat jalan-jalan kat tempat tinggal aku nih. Kalau kawasan perumahan aku nih pun aku boleh sesat, inikan kawasan  Pasir Gudang. Aku nih jarang keluar rumah. Itu pasal jalan dekat Pasir Gudang ni aku kurang arif. Mana tak nya, mase aku sekolah aku nih masih kecil lagi, tahu-tahu je dah sampai ke destinasi. Tamat je sekolah aku masuk matrik dan UMP. Sebab-sebab inilah aku kurang arif tentang jalan-jalan dekat Pasir Gudang ni.

Bukan itu sahaja, jiran tetangga pun aku tak berape nak kenal. Almaklumlah, belajar di perantauan. Jarang balik rumah kan? Cewah ! haha Bile aku ikut emak pergi kenduri Yassin ke, semua tengok aku semacam je. Sampaikan aku rase aku nih alien je. Lepas tenung aku lame-lame baru tanya, "Nie sape kak nor?" Amboi ! Tak nampak ke muke aku nih same dengan mak aku? Dah tentulah aku nih anak dia. Ape daaa...

Begitulah serba sedikit kehidupan aku yang tak sampai seminggu di rumah. (^_^)


Ikhlas,
Gadis Comel


Bye Bye The Awek, Bye Bye UMP

Assalamualaikum... Hye...

Dengan ini secara rasminya aku telah meninggalkan bumi Pahang pada 21 Januari 2013. Apakah perasaan bile tinggalkan bumi Pahang? Gembira? Sedih? Secara jujurnya aku sedih ! Okeh ! Padahal dulu tak sabar nak tinggalkan Pahang atau lebih tepat lagi adalah UMP. Kenape aku sedih? Sebab akan tinggalkan kawan-kawan a.k.a THE AWEK ! Amboi ! Siap ade nama group gitu ! 

Perasaan sedih membuak-buak kerana malam terakhir kami tidur bersama. *tidur di Kempvill semasa Finishing School. Serius ! Aku sedih sangat ! Tak tahu nak gambarkan perasaan nih macam mana. Mana taknya, sebelum berpisah kami tidur bersama. Lepas tuh masing-masing dah pulang ke kampung halaman.

Hari terakhir di UMP....

Fatin aku tak dapat jenguk dia kerana dia berada di KK4. (T_T)

Aziera jumpe sekejap jer. Tuh pun dia baru bangun tidur. Aku rase kalau kalau external hardisk aku tak ade pada dia, maybe aku tak singgah jumpe dia sebab mase tuh aku memang dah lewat sangat nak balik. Mase salam-salam dengan Aziera, aku langsung tak pandang muke dia pun ! Aku tahu, kalau aku pandang, mesti aku menangis ! Tak nak lah tinggalkan kawan dengan air mata !

Atiqah aku tak sempat say good bye pun... (T_T) Tahu-tahu jer parent dia dah sampai dan cabut lari ! Aku jumpa pun dia mase dia pack barang-barang dia.

Atul lah paling lame aku luangkan masa ! Siap cakap pasal jodoh lagi tuh ! Atul juga yang melambai-lambai mase aku dan Ami meninggalkan gate  KK3. Mase nak tinggalkan UMP, Atul macam nak cakap-cakap lagi. Tapi aku cepat-cepat masuk kerete sebab mase tuh nak menangis dah (T_T) 

Aini aku sempat jumpe jasad dia di bilik Aziera je. Mase aku datang bilik Aziera, Aini belum bangun lagi. Tuh yang dapat tengok jasadnya sahaja.

Sampai sekarang, aku masih terasa kawan-kawan aku nih ade bersama aku. (T_T) Sesungguhnya aku rindukan mereke ! Aku tahu, selepas ni sangat susah nak berjumpa. 

Aku doakan kawan--kawan aku berjaya dalam kerjaya dan rumah tangga. (^_^) 

The Awek


Ikhlas,
Gadis Comel


Thursday 3 January 2013

PSM Tersayang !

Assalamualaikum... Hye...


Entry kali ini berkisah PSM a.k.a FYP. Aku tahu kisah ni dah basi bagi kos aku. Tapi aku pedulik ape ! Nak cerite jugak !

VIVA PSM 2
Tarikh: 19 Dis 2012
Hari: Rabu
Masa: 10am
Tempat: Discussion Room
Panel: En. Shariman Mustafa, Dr. Salima Yao, Pn. Suziyana

Sepatutnya aku punyer PSM 21 Dis 2012. Tapi aku tak tahulah kenape tibe-tibe last minute tukar tarikh. Ceh ! Dah ah minggu tuh tengah serabut dengan test ! Berite nih dapat tahu pun mase hari Isnin. Nak present hari Rabu. Slide satu pun tak buat lagi ! Macam manalah tak gile mase tuh !

Itu je aku nak cerite sebenarnya. (^_^) Yang seterusnya korang tengok-tengok2 gambar kat bawah ni ea... 


Aku punye sesi pertame, pukul 10am-12.20am



Untuk dia ! hey !




Sebelum present

Dup dap dup dap


Khusyuk dengar aku bercakap



Kedatangan sahabat !

Kasut paling kiri aku punye !









Mungkin call bf


Muke bahagia lepas present

BFF






Fuh ! Lege !

Maka tamatlah viva ! Dah boleh kawen ! hahaha

Ikhlas,
Gadis Comel