Pink Bobblehead Bunny -->

Tuesday 21 January 2014

Tasik Biru, Bandar Seri Alam Yang Cantik

Assalamualaikum... Hye...

Kali ini aku nak membebel pasal keindahan dan ciptaan Allah. Tempat nih namanya tasik biru. Terletak di Bandar Seri Alam. Cantik sangat-sangat. Untuk pengetahuan korang, tasik nih merupakan tapak asal kuari. Bila dah ditinggalkan, tuh yang terbentuknya tasik. 

Aku dah lama dengar pasal tasik nih. Tapi tak pernah pergi pun. Bila aku tanya dekat orang yang dah pergi, dia orang akan jawab, dekat Bandar Seri Alam. Bila ditanya area mane? Jawapan yang mengecewakan aku adalah tak tahu. Frust kot ! Tapi..!!! Akhirnya aku dapat juga menjejakkan kaki ke sini. 

Nak berdating dengan tasik nih perlulah mendaki okeh ! Aku daki dengan berbaju kurung okeh ! haha Haa disebalik bukit barulah ada tasik biru ini. Sebelum aku jamu korang dengan gambar cantik-cantik tasik nih, aku beri plan dulu nak ke tasik nih.

Untuk pengatahuan korang, tasik nih berada di hadapan UniKL, Bandar Seri Alam. Okeh, aku tak tahu nak beri direction macam mana nak ke UniKL nih. Cuma aku boleh tolong.... Tolonglah ikut signboard. Hahaha Tapi bila korang dah sampai depan UniKL mesti korang tak akan jumpa tasik nih. Macam aku cakap mula-mula tadi, tasik nih berada dibelakang bukit. So, bukit nih yang berada didepan UniKL. Nih aku bagi plan bukit tuh. Plan agak buruk. Aku buat pakai paint je. Tak reti nak pakai software canggih-canggih nih. haha


Harap-harap korang paham plan aku nih. Korang memang kene park kereta dekat tepi jalan tau. Keselamatan kereta atas tanggungan sendiri taw.

Nih rupa bukit tuh... Tak tinggi mana pun bukit tuh
Lepas korang daki bukit nih korang terus akan jumpa tasik nih. Tasik nih memang korang tak boleh nak pegang airnya. Korang akan berada diatas bukit. Tasik berada di bawah bukit. Haa dapat imagine tak macam mana? Kalau tak dapat korang kenalah pergi melawat bukit nih. 

Okeh jom tengok keindahan tasik ini plus kecomelan rupa aku. haha

Ini rupa tasik tuh, Warna birukan?




Okeh sampai sini saja aku bercoleteh. Semoga korang sampai dengan selamat ke tempat ini. Hati-hati ya mendaki. (^_^) Adios !

Ikhlas,
Gadis Comel

Monday 20 January 2014

Resepi Brownies Cheese Layer

Assalamualaikum... Hye...

Dah lama rasanya aku tak menaip nih. Amik kau, tetibe update entry pasal masakan pula ye. Hahaha... Tah bilalah aku buat cake nih. Aku sendiri tak ingat bila tarikhnya. Lepas jer siap cake nih, ape lagi... Ambil handphone, snap... Upload kat Instagram dan Facebook

Maaf gambar kurang jelas... Pakai camera handphone je.

Lepas je upload, ada follower dekat Instagram nak resepi. Kalaulah dia orang tak minta resepi, rasanya tak wujudlah entry nih. Maaflah kepada mereka sebab tunggu terlalu lama untuk resepi ini. Okeh, jom tengok resepi cake nih. Haa kalau dah tengok, apa lagi buatlah yer. Lepas tuh hantar ke rumah kita yer. (^_^)

Bahan-bahan:-

Untuk Lapisan Chocolate:-

200gm Marjerin
200gm Coklat Masakan
170gm Tepung Gandum
30gm Serbuk Koko
170 Gula Halus
4 Biji telur

Cara-caranya:-

1. Cairkan marjerin dan coklat dengan menggunakan kaedah double boil. Tahu tak macam mana double boil nih? Cara dia nih, panaskan air yang dalam periuk yang dekat bawah terlebih dahulu. Bila dah mendidih, letakkan periuk diatas periuk yang mendidih tadi. Kemudian, letakkan magerin dan coklat. Kacau sehingga cair. Lepas tuh, ke tepikan seketika.

Kaedah double boil
Coklat dan mejerin yang telah dicairkan

2. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Pukul tak perlulah sehingga kembang sangat sampai korang terbalikkan besen, adunan tak jatuh. Aku pukul pakai mixer je. Cepat dan mudah serta tidak memenatkan tangan nih. haha

Pukul jangan tak pukul

3. Masukan tepung gandum dan serbuk koko ke dalam adunan tadi. Masukkan sedikit demi sedikit sambil gaul sehingga habis kesemuanya. Kacau sehingga rata. Masa nih tak payah pakai mixer ea. Nanti bantat pula. Korang boleh je guna spatula atau whisk.

Pukul sedikit demi sedikit

4. Masukan coklat dan magerin yang telah dicairkan tadi ke dalam adunan ini. Gaul sehingga rata.


5. Sapukan loyang korang dengan majerin. Mula-mula, bahagian base loyang tuh letakkan kertas minyak. Lepas tuh, sapukan dengan magerin. Sapu keseluruhan loyang taw. Maknanya dinding-dinding loyang pun kena sapu taw.

Nampak tak, aku sapu juga dekat dinding loyang?

6. Masukan separuh adunan ke dalam loyang telah disapu dengan magerin. Lepas tuh, tutup dengan aluminium foil. Kukus selama 15 minit.

Ini rupa cake lapisan bawah apabila telah dimasak


Sementara tunggu lapisan bawah nih masak. Kita buat adunan untuk lapisan cheese pula. Untuk adunan ini senang je. 

P/S: Nanti adunan ini akan di letak di lapisan atas sekali juga ya.

Untuk Lapisan Cheese:-

250gm Cream Cheese
60gm Gula Castor
25ml Air
1 biji Telur Gred A

Cara-caranyanya:-

1. Pukul kesemua bahan kecuali telur sehingga kembang. Yang ini pun aku pukul pakai mixer juga.

Pukul dan pukul

2. Masukan telur kedalam adunan tadi. Gaul sehingga rata ya. Yang nih pukul pakai mixer. Tapi jangan lama-lama sangat. Macam aku kate tadi, gaul untuk adunan ini rata je.

3. Kukus selama 20 minit. Yang ini pun kene tutup dengan aluminium foil macam yang tadi taw.

Bila dah masak, kukus pula lapisan yang atas. Korang guna adunan yang mula-mula tadi. Jangan lupa tutup dengan aluminium foil ya. Yang ini kukus selama 20 minit. Kalau tak masak, kukus lagi. Senang cerita selagi tak masak, korang kukus. Kalau tak tahu sama ada dalam cake tuh dah masak ke belum, korang cucuk cake tuh dengan lidi sate. Haa... Kalau ada yang melekat-melekat dekat lidi tuh maknanya belum masaklah. Kalau tak melekat, maknanya dah masaklah tuh. Tapi kene cucuk setiap bahagian taw. Maksud aku, dekat tengah-tengah dan tepi. Biasanya tepi dah masak tapi dekat tengah-tengah cake belum masak. So, apa lagi? Kene kukus lagilah kan? Bila dah masak je cake nih dan dah sejuk, bolehlah buat toppingnya. Yang nih pun senang je nak buat.

Untuk Topping 

300gm Coklat Masakan
120ml Whipping Cream
1 sudu besar Margerin

Cara-caranya:-

1. Cairkan kesemua bahan menggunakan kaedah double boil. Pastikan kesemua bahan cair.

Bahan ini di cairkan

Bila dah cair, bolehlah dicurahkan di atas cake yang telah masak tadi. 

Curahkan coklat diatas cake

Selepas tu, korang hiaslah cake korang mengikut creativity korang. Kalau aku, aku taburkan dengan colourfull rice je. Tadaaa...!!! Siap dah cake. 



Untuk pengatahuan korang, cake nih memang nampak macam bantat. Tapi sebenarnya tak bantat pun. Mengikut pembacaan aku, brownies nih memang sifat dia macam nih. (^_^) Lagi satu, cake nih memang bercoklat sangat. hahaha Kalau korang tengok bahan pun dah boleh tahu. Okeh, sekarang aku nk share brand apa yang aku gunakan untuk whipping cream dan cream cheese. Untuk whipping cream aku guna brand EMBORG manakala untuk cream cheese aku guna brand PHILADELPHIA. Harga dia kemain mahal kot ! Baru aku tahu kenapa cheese cake dijual dengan harga yang mahal. Rupa-rupanya cream cheese dan whipping ni gile mahal ! Untuk whipping cream RM17 (1 liter). Cream cheese pula RM12 (250gm). Paling aku ralat, whipping cream nih tak pula jual yang bersaiz kecil. Padahal nak guna 120ml je. Tapi teringin sangat nak mencuba, aku gagahkan juga beli whipping cream nih. Untuk coklat pula aku pakai brand Tulip. Yang nih pun mahal juga. 

 

Okeh... Selesai sudah kelas memasak kita. haha Kalau dah try buat tuh, mohon delivery ke rumah aku ya. Adios !

Ikhlas,
Gadis Comel