Pink Bobblehead Bunny -->

Tuesday 29 October 2013

Yang Pergi Tidak Kembali

Assalamualaikum... Hye..

Bermulanya saat ketiadaan orang yang disayangi. Pemergian emak amat mengejutkan. Sampai sekarang aku masih tidak percaya yang emak telah pergi buat selamat-lamanya. 

Dulu...
Bangun pagi cari emak... "Emak, hari nih nak masak apa?"
Sekarang...
Tiada lagi persoalan itu

Dulu...
Rumah kecoh dengan suara emak melayan ku
Sekarang...
Tiada lagi layanan emak untuk ku

Dulu...
Belanja barang dapur dengan emak
Sekarang...
Berbelanja dengan adik-adik dan kakak

Dulu...
Ayah makan ditemani oleh emak
Sekarang...
Ayah makan ditemani oleh anak-anak

Banyak sangat perbezaan yang dulu dan sekarang.

Aku masih ingat lagi kata-kata emak pada 16 Oct 2013
"Emak nanti nak sakit seminggu sahajalah. Tak nak susahkan anak-anak"

Ya... Memang Allah makbulkan kata-kata emak. Tepat seminggu emak di ICU, emak hembuskan nafas terakhir. Tak sempat aku nak menjaga emak. 

Malam Raya Haji emak masakan untuk kami sekeluarga lauk yang sangat sedap. Meriahnya macam hari Raya Puasa. Rupa-rupanya itulah lauk terakhir untuk kami sekeluarga.

Namun aku bersyukur, saat aku mengejar cita-cita emak ada berada di sisi ku. 

Pemergian emak sangat mengejutkan. Tanpa tanda-tanda emak pergi...

Gambar terakhir bersama-sama emak T_T

Kak Ngah rindukan emak....

Ikhlas,
Gadis Comel

Wednesday 9 October 2013

Convocation - Part 1-

Assalamualaikum... Hye..

Lama rasanya tidak mengarang. Terabai jugalah blog nih. Nak start mengarang nih pun merangkak-rangkak. Lama dah tak asah bakat mengarang nih. Aduh ! Sampai kering idea nih nak mengarang. Okeh kite mulakan mengarang dengan sedikit demi sedikit. (^_^) Korang mesti pelikkan kenapa kali nih sampai ade part cerita aku nih. Memandangkan aku terlalu seronok + lama tak mengarang, tuh jadi sampai berpart part aku mengarang nih. Lagi pun untuk mengelakkan korang boring membaca.Makanya aku pendek-pendekkan ceritanya.Bermulanya cerita... 

Pada 5 Oktober 2013 Cik Nafisah Binti Azman telah berjaya mengengam segulung ijazah ! Yey ! Dah boleh kawen ! 

Untuk cerita kali nih. Aku fokuskan kepada persediaan untuk menyambut hari konvokesyen aku nih. Salah satunya adalah menempah baju. Kemain tempah baju bagai ! haha Memandangkan size badan aku nih yang comel + pendek nih agak susah mencari baju, oleh itu aku terpaksalah menempah baju. Siap google okeh design nya ! Engkau hado?! Idea design baju convo aku nih aku dapat dari minaz boutique. Sebenarnya kain untuk baju convo nih lama dah beli. Dari tahun lepas. Cop ! Kain tuh beli awal bukan sebab semata-mata untuk convo okeh. Aku tak lah semangat sangat sampai beli baju awal sangat. Aku beli kain tuh pun sebab lawa. Tak plan pun nk buat baju convo. Bila nak dekat-dekat hari convo nih. Aku selongkarlah bilik jahit kat rumah aku nih. Tup tup jumpa kain tuh. Daripada aku membazir beli kain baru. Lebih baik aku gunakan kain tuh.

Tak sempat nak ambil gambar full. Nih pun ada sebab fitting hari tuh.

Untuk souvenir pula aku tempah memang awal. Tahun lepas lagi aku dah tempah. haha Aku tempah benda simple je. Benda yang boleh kawan-kawan ingat dekat aku. Makanya aku bagi frame berserta dengan gambar sekali okeh !

Untuk THE AWEK !

Untuk Roomate !

Aku ingat bila nak konvo nih dah senang dah kerja aku. Rupa-rupanya tidak ! Kena print borang kaji selidiklah. Kalau soalan sedikit tak pe juga. Nih banyak woi ! Dah tuh bukan satu je. Sampai dua kaji selidik pula tuh. Haih... Nak convo pun macam-macam hal nak kene buat. Tapi satu benda je buat aku seronok sangat nak convo nih ! Nak tahu tak apa dia? Sebabnya dapat jumpa THE AWEK ! Rindu sangat okeh ! Settle semua nih aku pergi bayar yuran convo pula. RM160 ok ! Tidak termasuk gambar taw ! Kalau korang nak tahu harga termasuk gambar, next part nanti aku cerita. Ada cerita disebalik harga gambar. (^_^)

Habis je semua nih aku, Aziera, Atul dan Atiqah berbincang di group Wasup. Macam-macam yang dibincangkan. Salah satunya tempat tinggal dan tarikh nak datang. Setelah mendapat kata putus mengenai tarikh, barulah aku beli tiket bus untuk ke Kuantan. 

Okeh... Aku stop sampai disini sahaja. Next part aku sambung esok. Insyallah... (^_^) Adios !

Ikhlas,
Gadis Comel