Pink Bobblehead Bunny -->

Sunday 2 July 2023

Pengalaman Beli Rumah Subsale Tanpa Menggunakan Khidmat Agen

Assalamualaikum.

Ini bukannya panduan untuk membeli rumah subsale tetapi pengalaman aku membeli rumah subsale tanpa menggunakan khidmat agen.

Aku hantar permohonan pinjaman kepada Ambank, Maybank dan BSN. Permohonan pinjaman aku diluluskan oleh Ambank. Bank lain langsung tiada respond. So, aku terima yang ini je. Oh ya, sebelum diluluskan, aku sangkut di PTPTN. Kantoi tak bayar. haha. Aku bayar dulu tunggakan PTPTN, lepas tu PTPTN akan keluarkan surat. Kemudian, surat tu aku beri pada bank.

Aku dipanggil oleh peguam untuk menandatangan Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase Agreement, atau nama lain orang panggil S&P). Peguam untuk Perjanjian Pinjaman Rumah (Ambank) dan Perjanjian Jual Beli Rumah aku gunakan peguam yang dilantik oleh pihak Ambank. Boleh je kalau nak guna khidmat peguam yang berbeza untuk setiap perjanjian. Contohnya, untuk Perjanjian Pinjaman Rumah, menggunakan khidmat Peguam ABC, manakala untuk Perjanjian Jual Beli Rumah menggunakan khidmat Peguam XYZ. Kalau nak jimat, gunakanlah peguam yang sama untuk kedua-dua perjanjian. So, untuk kos guaman yang aku perlu bayar adalah RM11,000.

Semasa aku tanda tangan S&P, aku juga membuat bayaran deposit rumah kepada penjual sebanyak 10% (RM18,000) dari harga jualan rumah iaitu RM180,000. Masa bayar ni, aku dan penjual telah tanda tangan perjanjian dimana sekiranya aku tidak jadi beli rumah ini atau penjual tidak jadi jual rumah ini, maka penjual perlu pulangkan semula duit deposit ini.

Aku dimaklumkan daripada pihak Ambank, pinjaman akan diluluskan berdasarkan 90% daripada harga market value rumah.

Market value rumah = RM220,000
90 % dari market value rumah = RM198,000
Pinjaman yang diluluskan = RM195,000 

Oleh kerana aku dah bayar deposit rumah sebanyak RM18,000, maka ada lebihan duit yang akan aku terima. Jadinya...

Pinjaman yang diluluskan = RM195,000
Harga rumah = RM180,000
Bayaran deposit = RM18,000
Baki bayaran rumah = RM180,000 (Harga rumah) - RM18,000 (Bayaran Deposit) = RM162,000

So, duit lebihan:-
= Pinjaman yang diluluskan - Baki bayaran rumah
= RM195,000 - RM162,000
= RM33,000

Oleh kerana ada duit lebihan, maka kos guaman ini akan ditolak daripada baki pinjaman (RM33,000). Jika tiada duit lebihan, kenalah keluarkan duit sendiri untuk bayar kos guaman ini. Aku dimaklumkan kalau bayar guna duit sendiri, boleh bayar sikit-sikit sehingga urusan jual beli selesai. Kebiasaannya, urusan jual beli rumah ini ambil masa selama 3 bulan untuk selesai.

Aku dihubungi oleh Juru nilai dan dia memaklumkan akan datang ke rumah untuk nilai rumah tersebut. Kos yang dikenakan adalah sebanyak RM700. Kos ini tak boleh tolak daripada baki pinjaman. So, aku kenalah transfer bayaran tersebut.

Setelah semua urusan selesai, pihak Ambank akan memasukkan baki pinjaman ke dalam akaun bank. So, jumlah baki pinjaman yang aku terima adalah:-

= Duit lebihan - Kos guaman
= RM33,000 - RM11,000
= RM22,000

Maka, selesailah urusan aku membeli rumah. Duit lebihan yang dikreditkan oleh bank ini bolehlah digunakan untuk renovate atau repair apa yang patut untuk rumah. Yelah kan, rumah subsale ni kadang ada je yang rosak sana sini.

Terima kasih sudi baca pengalaman aku ini. 

Monday 24 August 2015

Convocation -Part 2-

Assalamualaikum... Hye...

Dah dua tahun baru nak sambung part 2. Lama sangat tuh Nafisah oi. Refer Convocation -Part 1- untuk part 1. 

Dulu plan lepas je part 1 nak sambung terus part 2 pada minggu depannya. Tapi tak jadi sebab tak lama part 1, arwah emak dah sakit dan meninggal dunia. Lepas tuh, mood nak update part 2 berkubur sekejap. Hari ini tetibe pula nak update blog. Lepas tuh tetibe pula nak update entry yang tertangguh dulu.

Aku konvo pada tahun 2013. Tapi memori hari konvo masih aku ingat lagi sampai sekarang. Sebelum hari perjumpaan bersama Theaweks kami dah berbincang dekat group wasup bermacam-macam perkara. Antara topik hangat adalah outdoor photoshoot, tempat menginap dan bila nak jumpa dan dimana.

Aku sampai Gambang pada hari Khamis dan terus ke UMP. Dekat bilik istrirehat, kami baru cari homestay. Homestay yang murah-murah semuanya dah full. Tapi, alhamdulilah... Dapat juga homestay. Kami menginap di Kuantan, Pahang. Rumah pula ala-ala kampung. Seronok weyh ! Tak mahal pun. Malam Khamis kami lepak-lepak dekat Teluk Cempedak. Tetibe salah seorang Theaweks dapat idea nak photoshoot dekat Pantai Balok, Pahang dan Feroza milik Shah dijadikan sebagai props.

Selepas ambil jubah konvo kami terus outdoor photoshoot. Photographer kami dari kalangan pelajar UMP je. Charge tak mahal pun. RM50 + RM20 (duit minyak) je. Yang ini Aziera Zuraidah yang belanja. Terima kasih awek ! Kami memang pilih hari Jumaat sebab semuanya free. Kalau photoshoot semasa hari konvo sure memasing busy dengan family.





Ini fav gambar aku





















Cantik-cantikkan gambar dia. Ini Link Photographer tuh. Pada 5 Oktober 2013 barulah aku berkonvo. Sesi aku pada waktu pagi. Masuk je dalam dewan aku berdebar-debar. Risau tersadunglah dan lambat jalan. Alhamdulilah... Majlis berjalan dengan lancar. Gambar bersama family aku buat di East Cost Mall sebab lebih murah berbanding di UMP. Bukan tuh je, terus dapat gambarnya.




Ini pula gambar disebalik hari konvo aku.


I miss you, mom. Al-Fatihah


Selepas konvo, aku dan Theaweks berpisah. Masing-masing dah bekerja. Aku je belum bekerja. Tuh yang boleh bercuti lama-lama. Aku pulang ke JB lewat sikit. Aku singgah ke Shah Alam sebentar. Stay rumah sewa Aziera. Adios !

Ihklas,
Gadis Comel

Sunday 11 January 2015

Strawberry Cheesecake

Assalamualaikum... Hye...

Dah lama aku teringin nak buat filling cake. Hari tuh baru berkesempatan nak buat. Agak lama juga aku mengoogle cara-cara nak buat filling nih. Tapi hasilnya, hampeh ! Bukan ada resepi. Kalau ada respinya, dia orang bukan ajar betul-betul. Satu hari tuh Madam Suzi (lecturer masa aku belajar dekat UMP) buat Japanese Cheesecake with blueberry filling. Tengok je gambar yang Madam Suzi post, aku pun terus pm dia dekat FB dia.

Oooo... Filling nih ada jual dekat kedai yang jual barang-barang cake. Baru aku tahu, haha

Selepas beberapa hari aku pun beli barang-barang nak buat filling nih. Tetibe aku terlupa nak beli gelatin. Ah ! Macam mana nih? Aku pun pm Madam Suzi semua, tapi Madam Suzi tak reply. So, aku ligatlah cari resepi filling nih dekat google (Padahal hari tuh dah cari tapi tak jumpa). Tiba-tiba aku teringat dekat Cik Tiara Fazlin yang comel tuh. Aku pun p.m dia dekat FB.


Nampak tak dia reply lambat? Padahal tak lambat mane pun. Tapi aku pula nak dia reply time tuh juga sebab aku risau nanti kedai dah tutup. So, aku tanya Hieda pula. Alhamdulilah... Hieda reply wasup aku masa tuh juga. Tak lama lepas Hieda reply baru Tiara reply. Kesimpulanya, ketiga-tiga awek nih buat filling dengan cara yang berlainan. Bila dah lain, aku campur adukkan resepi ketiga-tiga awek ini. Maka, jadilah filling versi Nafisah. 

Okeh, jom jengah resepi ni. Resepi ini sesuai untuk loyang yang bersaiz 6inch.

Bahan-bahan base:-
Majerin
Biskut Marie

Cara-cara:-
Hancurkan biskut marie. Lepas tuh, cairkan majerin. Tutup api, masukkan biskut marie yang telah hancur tuh. Gaulkan bahan tadi sampai rata. Lepas itu, masukkan dalam loyang dan tekan-tekan sampai mampat. Pastikan menutupi seluruh loyang.

P/S: Sukatan untuk base aku main buat jer. Agak-agak je sampai menutupi seluruh loyang. Ketebalan base pun ikut suka. Macam aku, aku tak suka yang tebal sangat.

Bahan-bahan cheesecake:-
250gram Cream Cheese
200ml Whipping Cream
2 sudu besar Jus Lemon
3 sudu besar Tepung
2 biji Telur
90gram Gula

Cara-cara:-
Pukul cream cheese dan whipping cream sampai berkrim. Lepas tuh masukkan jus lemon, gula dan telur. Pukul sampai sebati. Bila dah sebati, masukkan tepung. Kaup balikkan adunan. Lepas tuh, masukkan dalam loyang dan bakar secara steam bake dengan suhu 170 sampai masak.

Bahan-bahan filling strawberry:-
Beberapa biji buah strawberry
Gula secukup rasa
Tepung jagung
Air
Pewarna merah

Cara-cara:-
Buah strawberry di potong dadu atau kecil-kecil. Rebus buah strawberry didalam periuk, Air tak perlu banyak. Korang agak-agak je. Aku biasa separaskan air dengan buah strawberry. Bila dah mendidih, masukkan gula. Kemanisan ikut tekak korang. Agak-agak nak manis, korang masukkan gula banyak-banyak. Lepas tuh masukkan pewarna merah. Kacau sehingga sebati. Sementara nak bagi gula larut, korang bancuhkan tepung jagung dan air didalam bekas lain. Jangan likat macam nak buat jemput-jemput tuh yer. Bila gula dah larut, masukkan bancuhan tepung tadi ke dalam periuk yang berisi buah strawberry. Gaul sehingga sebati. Tutup api. Lepas tuh bolehlah letak diatas cheesecake. (Kalau nak likat, letak bancuhkan tepung jagung lebih. Kalau tak nak likat, letak bancuhan tepung jagung sedikit).

Taraaaaa...!!!!!


Percubaan pertama, topping kosong (Filling segera.
Macam jem). Cake rendah sebab guna loyang 8 inch
Percubaan kedua, cake agak tinggi sebab double kan resepi.
Topping pula agak berseri, masih menggunakan filling segera.

Percubaan ketiga, menggunakan filling dari buah strawberry
(sila rujuk resepi filling di atas).


Sekian, terima kasih.

Ikhlas,
Gadis Comel