Pink Bobblehead Bunny -->

Sunday 2 July 2023

Pengalaman Beli Rumah Subsale Tanpa Menggunakan Khidmat Agen

Assalamualaikum.

Ini bukannya panduan untuk membeli rumah subsale tetapi pengalaman aku membeli rumah subsale tanpa menggunakan khidmat agen.

Aku hantar permohonan pinjaman kepada Ambank, Maybank dan BSN. Permohonan pinjaman aku diluluskan oleh Ambank. Bank lain langsung tiada respond. So, aku terima yang ini je. Oh ya, sebelum diluluskan, aku sangkut di PTPTN. Kantoi tak bayar. haha. Aku bayar dulu tunggakan PTPTN, lepas tu PTPTN akan keluarkan surat. Kemudian, surat tu aku beri pada bank.

Aku dipanggil oleh peguam untuk menandatangan Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase Agreement, atau nama lain orang panggil S&P). Peguam untuk Perjanjian Pinjaman Rumah (Ambank) dan Perjanjian Jual Beli Rumah aku gunakan peguam yang dilantik oleh pihak Ambank. Boleh je kalau nak guna khidmat peguam yang berbeza untuk setiap perjanjian. Contohnya, untuk Perjanjian Pinjaman Rumah, menggunakan khidmat Peguam ABC, manakala untuk Perjanjian Jual Beli Rumah menggunakan khidmat Peguam XYZ. Kalau nak jimat, gunakanlah peguam yang sama untuk kedua-dua perjanjian. So, untuk kos guaman yang aku perlu bayar adalah RM11,000.

Semasa aku tanda tangan S&P, aku juga membuat bayaran deposit rumah kepada penjual sebanyak 10% (RM18,000) dari harga jualan rumah iaitu RM180,000. Masa bayar ni, aku dan penjual telah tanda tangan perjanjian dimana sekiranya aku tidak jadi beli rumah ini atau penjual tidak jadi jual rumah ini, maka penjual perlu pulangkan semula duit deposit ini.

Aku dimaklumkan daripada pihak Ambank, pinjaman akan diluluskan berdasarkan 90% daripada harga market value rumah.

Market value rumah = RM220,000
90 % dari market value rumah = RM198,000
Pinjaman yang diluluskan = RM195,000 

Oleh kerana aku dah bayar deposit rumah sebanyak RM18,000, maka ada lebihan duit yang akan aku terima. Jadinya...

Pinjaman yang diluluskan = RM195,000
Harga rumah = RM180,000
Bayaran deposit = RM18,000
Baki bayaran rumah = RM180,000 (Harga rumah) - RM18,000 (Bayaran Deposit) = RM162,000

So, duit lebihan:-
= Pinjaman yang diluluskan - Baki bayaran rumah
= RM195,000 - RM162,000
= RM33,000

Oleh kerana ada duit lebihan, maka kos guaman ini akan ditolak daripada baki pinjaman (RM33,000). Jika tiada duit lebihan, kenalah keluarkan duit sendiri untuk bayar kos guaman ini. Aku dimaklumkan kalau bayar guna duit sendiri, boleh bayar sikit-sikit sehingga urusan jual beli selesai. Kebiasaannya, urusan jual beli rumah ini ambil masa selama 3 bulan untuk selesai.

Aku dihubungi oleh Juru nilai dan dia memaklumkan akan datang ke rumah untuk nilai rumah tersebut. Kos yang dikenakan adalah sebanyak RM700. Kos ini tak boleh tolak daripada baki pinjaman. So, aku kenalah transfer bayaran tersebut.

Setelah semua urusan selesai, pihak Ambank akan memasukkan baki pinjaman ke dalam akaun bank. So, jumlah baki pinjaman yang aku terima adalah:-

= Duit lebihan - Kos guaman
= RM33,000 - RM11,000
= RM22,000

Maka, selesailah urusan aku membeli rumah. Duit lebihan yang dikreditkan oleh bank ini bolehlah digunakan untuk renovate atau repair apa yang patut untuk rumah. Yelah kan, rumah subsale ni kadang ada je yang rosak sana sini.

Terima kasih sudi baca pengalaman aku ini. 

No comments:

Post a Comment