Pink Bobblehead Bunny -->

Tuesday 29 October 2013

Yang Pergi Tidak Kembali

Assalamualaikum... Hye..

Bermulanya saat ketiadaan orang yang disayangi. Pemergian emak amat mengejutkan. Sampai sekarang aku masih tidak percaya yang emak telah pergi buat selamat-lamanya. 

Dulu...
Bangun pagi cari emak... "Emak, hari nih nak masak apa?"
Sekarang...
Tiada lagi persoalan itu

Dulu...
Rumah kecoh dengan suara emak melayan ku
Sekarang...
Tiada lagi layanan emak untuk ku

Dulu...
Belanja barang dapur dengan emak
Sekarang...
Berbelanja dengan adik-adik dan kakak

Dulu...
Ayah makan ditemani oleh emak
Sekarang...
Ayah makan ditemani oleh anak-anak

Banyak sangat perbezaan yang dulu dan sekarang.

Aku masih ingat lagi kata-kata emak pada 16 Oct 2013
"Emak nanti nak sakit seminggu sahajalah. Tak nak susahkan anak-anak"

Ya... Memang Allah makbulkan kata-kata emak. Tepat seminggu emak di ICU, emak hembuskan nafas terakhir. Tak sempat aku nak menjaga emak. 

Malam Raya Haji emak masakan untuk kami sekeluarga lauk yang sangat sedap. Meriahnya macam hari Raya Puasa. Rupa-rupanya itulah lauk terakhir untuk kami sekeluarga.

Namun aku bersyukur, saat aku mengejar cita-cita emak ada berada di sisi ku. 

Pemergian emak sangat mengejutkan. Tanpa tanda-tanda emak pergi...

Gambar terakhir bersama-sama emak T_T

Kak Ngah rindukan emak....

Ikhlas,
Gadis Comel

Wednesday 9 October 2013

Convocation - Part 1-

Assalamualaikum... Hye..

Lama rasanya tidak mengarang. Terabai jugalah blog nih. Nak start mengarang nih pun merangkak-rangkak. Lama dah tak asah bakat mengarang nih. Aduh ! Sampai kering idea nih nak mengarang. Okeh kite mulakan mengarang dengan sedikit demi sedikit. (^_^) Korang mesti pelikkan kenapa kali nih sampai ade part cerita aku nih. Memandangkan aku terlalu seronok + lama tak mengarang, tuh jadi sampai berpart part aku mengarang nih. Lagi pun untuk mengelakkan korang boring membaca.Makanya aku pendek-pendekkan ceritanya.Bermulanya cerita... 

Pada 5 Oktober 2013 Cik Nafisah Binti Azman telah berjaya mengengam segulung ijazah ! Yey ! Dah boleh kawen ! 

Untuk cerita kali nih. Aku fokuskan kepada persediaan untuk menyambut hari konvokesyen aku nih. Salah satunya adalah menempah baju. Kemain tempah baju bagai ! haha Memandangkan size badan aku nih yang comel + pendek nih agak susah mencari baju, oleh itu aku terpaksalah menempah baju. Siap google okeh design nya ! Engkau hado?! Idea design baju convo aku nih aku dapat dari minaz boutique. Sebenarnya kain untuk baju convo nih lama dah beli. Dari tahun lepas. Cop ! Kain tuh beli awal bukan sebab semata-mata untuk convo okeh. Aku tak lah semangat sangat sampai beli baju awal sangat. Aku beli kain tuh pun sebab lawa. Tak plan pun nk buat baju convo. Bila nak dekat-dekat hari convo nih. Aku selongkarlah bilik jahit kat rumah aku nih. Tup tup jumpa kain tuh. Daripada aku membazir beli kain baru. Lebih baik aku gunakan kain tuh.

Tak sempat nak ambil gambar full. Nih pun ada sebab fitting hari tuh.

Untuk souvenir pula aku tempah memang awal. Tahun lepas lagi aku dah tempah. haha Aku tempah benda simple je. Benda yang boleh kawan-kawan ingat dekat aku. Makanya aku bagi frame berserta dengan gambar sekali okeh !

Untuk THE AWEK !

Untuk Roomate !

Aku ingat bila nak konvo nih dah senang dah kerja aku. Rupa-rupanya tidak ! Kena print borang kaji selidiklah. Kalau soalan sedikit tak pe juga. Nih banyak woi ! Dah tuh bukan satu je. Sampai dua kaji selidik pula tuh. Haih... Nak convo pun macam-macam hal nak kene buat. Tapi satu benda je buat aku seronok sangat nak convo nih ! Nak tahu tak apa dia? Sebabnya dapat jumpa THE AWEK ! Rindu sangat okeh ! Settle semua nih aku pergi bayar yuran convo pula. RM160 ok ! Tidak termasuk gambar taw ! Kalau korang nak tahu harga termasuk gambar, next part nanti aku cerita. Ada cerita disebalik harga gambar. (^_^)

Habis je semua nih aku, Aziera, Atul dan Atiqah berbincang di group Wasup. Macam-macam yang dibincangkan. Salah satunya tempat tinggal dan tarikh nak datang. Setelah mendapat kata putus mengenai tarikh, barulah aku beli tiket bus untuk ke Kuantan. 

Okeh... Aku stop sampai disini sahaja. Next part aku sambung esok. Insyallah... (^_^) Adios !

Ikhlas,
Gadis Comel



Monday 29 July 2013

Kemeriahan Berbuka Puasa Di Padang Depan Masjid, Kuantan

Assalamualaikum... Hye...

Salam satu Ramadan ! Lame rasanya tidak menulis nih. Terpanggil nak menulis balik nih pun sebab Nadia suruh update blog. Tibe-tibe teringat blog nih dah bersarang !

Minggu nih minggu yang bahagia sekali ! 2 Ogos 2013 aku habis practical woi ! Tak sabar hoi ! Tengah-tengah termenung tadi, tetibe teringat dekat THE AWEK ! Oh ! Aku rindu UMP hoi ! Tak pasal-pasal aku selongkar album berbuka puasa dekat padang. Memandangkan sekarang mood Ramadhan, tuh pasal aku view gambar-gambar berbuka puasa nih. Meh aku share kenikmatan berbuka puasa reramai dekat padang nih. Seronok woi ! Berbuka puasa dekat padang nih best. Tempat memang strategik ! Dekat situ ada bazar, ada masjid. Kiranya nak cari juadah, boleh cari dekat bazar. Lepas tuh solat je dekat masjid. Jalan kaki pun boleh. Meh aku tunjukkan kemeriahan berbuka puasa dekat padang nih.

Nampak tak kemeriahan kami?

Mereka merupakan roomate aku

Add caption

Nampak tak masjid kat belakang tuh? Lepas buka solat je kt situ.







Akhir kata.. Selamat menyambut bulan Ramadhan. Adios !

Ikhlas,
Gadis Comel

Saturday 20 April 2013

Penemuan Anak Kapal Terbang dan Anak Helikopter Berkeliaran Di Udara


Assalamualaikum… Hye…

Awek-awek, pakwe-pakwe, ibu-ibu, bapa-bapa sekalian buat apa tuh? Maksud I buat apa sekarang nih bukan waktu yang korang baca entry nih taw. Tapi waktu entry semasa I karang entry nih. I karang entry nih semasa di office, hari Jumaat pukul 4.03pm. Haa cuba korang ingat masa tuh korang buat apa. Kalau korang ingat maknanya ingatan korang nih masih gagah perkasa.

Entry kali ini bercerita pasal Festival Layang-Layang Antarabangsa yang ke 18 tahun dekat kawasan rumah I je pong. Tajuk entry je kemain gempak. Korang nak tahu tak? Cop ! Bagi yang tak nak tahu tuh sila raba mouse atau nama klasiknya tetikus. Pastuh gerakkan mouse dan pada masa yang sama cursor anda akan bergerak. Korang gerakkan cursor nih dekat tanda X sebelah kanan belah atas tuh taw. Lepas tuh korang click X tuh. Lepas je click, apa yang korang view sekarang nih akan hilang taw. Haa tuh la sape suruh tak nak tahu. Kan dah terpadam. So, lebih baik cepat-cepat tukar fikiran, tukar jadi korang nak tahu taw. Nanti terus ada magic sebab view yang korang tengok nih tak hilang. Sebenarnya I Cuma nak bagitahu korang Festival Layang-Layang nih berlangsung pada bulan February. Tapi bulan April nih baru I nak karang. Tuh je pong I nak bagitahu. Bukan cerite gempak sangat pun.

Lama beb tak pergi festival nih. Sejak zaman Matrik lagi I dah tak pergi ke festival ni. Almaklumlah, festival nih berlangsung bulan February. Semasa bulan February pula I dekat hostel. Hostel I pula jauhnya kemain. Tujuh hari tujuh malam baru sampai ke rumah kediaman. Tengok ! Betapa jauhnya rumah I dengan hostel. Kadang-kadangkan I terfikir juga kenapa festival ni buat semasa bulan February je. Cubalah sekali-sekala buat bulan lain pula. Tak rock ah kalau tiap tahun buat bulan February je.

Pada petang yang damai, I dan adik-adik I pergi ke tapak lokasi. Kami pergi bertiga je. Bila sampai je dekat tapak lokasi, perasaan gembiranya jangan cakaplah. Gayanya macam tak pernah pergi je festival nih. Tapi... Masa I pergi nih layang-layang besar dah tak ada. Almaklumlah, I pergi hari Ahad. Pertandingannya pula hari Sabtu. Kalau zaman I sekolah dulu, dari kelas I dah boleh nampak laying-layang besar ni dekat udara. Bermacam-macam jenis taw. Ada bentuk sotong, ikan, dinosor dan bermacam-macamlah. Ada juga kes burung mati terkejut ! Salah satu punca burung tuh mati terkejut adalah nampak dinosor besar di udara. Sadis I dengar berita tuh. Paling unik yang pernah I tengok adalah laying-layang beca. Klasik sangat okeh ! Pemain-pemain pula ada dari pelbagai negara. Pemain-pemain nih hebat taw ! Bermacam-macam gaya taw. Ada yang bermain sambil menunggang skateboard. Tidak ketinggalan juga bermain sambil menunggang kereta kayuh. Haa… Hebatkan dia orang nih?

Semasa festival nih berlangsung, pelbagai gerai ada di tapak festival. Antara gerai-gerainya seperti gerai layang-layang, gerai makanan dan minuman, gerai pakaian, gerai teddy bear, gerai pokok-pokok hidup (alah orang jual-jual pokok tuh) dan booth macam booth Perbadanan Pasir Gudang dan Johor Corporation.
Sebelum korang meninggalkan entry ini, I hidangkan dengan gambar-gambar semasa festival nih berlangsung. 






































Adios !

Ikhlas,
Gadis Comel