Pink Bobblehead Bunny -->

Thursday 15 May 2014

Biskut Chips More

Assalamualaikum... Hye...

Untuk entry kali ini aku tak banyak taip sebab aku curi masa dekat opis nih. Nanti nampak bos, habislah... Kantoi sudah... Okeh entry nih boleh terpublish sebab permintaan daripada beberapa kawan aku. Aku malas nak cerita panjang, korang tengok je lah resepi dekat bawah ni. Lagipun cerita pasal resepikan, so tak perlu nak membebel banyak-banyak. haha

Bahan-bahan:-

2 cawan Tepung Naik Sendiri
1 sudu kecil Baking Soda
250g Buttercup
1/2 cawan Gula Perang
1 biji Telur
1 susu kecil Esen Vanila
200g Chocolate Chip

Cara-caranya:-

1. Ayak tepung naik sendiri bersama-sama baking soda. 

2. Putar buttercup dan gula sehingga berkrim. 

3. Masukan telur dan esen vanila ke dalam adunan tadi. Gaulkan.

4. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang diayak tadi. Kemudian, gaul sehingga sebati.

5. Masukkan chocolate chip kedalam adunan tadi.

6. Bakar dalam oven selama 15 min, suhu 170°.

Adunan korang akan menjadi lembek. Untuk pengatahuan korang, resepi ini aku dapat daripada kawan aku. Macam mana dia bagi, macam itu jugalah aku bagi dekat korang. So, aku ada buat penambahan sedikit dekat resepi nih. Aku tambahkan dalam 5 sudu besar tepung gandum dan 2 sudu besar tepung jagung. So, adunan aku taklah lembek macam memula. Tapi korang jangan pula buat sampai adunan korang berkepal-kepal. Aku juga ada tambahkan badam hancur. Adalah dalam 5 sudu besar. Sebelum aku masukkan kedalam adunan, aku bakar dulu badam nih sehingga keperang-perangan. Oleh sebab aku ni suka chocolate chip lebih, maka chocolate chip pun aku ada tambah sedikit. Berapa sukatannya? Aku main bedal je. haha Agak-agak tak cukup aku tambah lagi. 

Untuk pengatahuan korang, cookies nih akan rasa muak sedikit bila baru masak. Bila korang dah biarkan semalaman baru tak rasa muak. Lagi satu, korang bukan boleh tekap adunan nih guna pencetak sebab adunan ini sedikit lembek. So, korang kena gunakan sudu untuk bentukkan cookies korang. Kalau nak nampak cantik, korang masukkan dalam acuan yang untuk buat apam yang comel-comel tuh. 

Ini contoh acuan apam yang comel-comel tuh

Haa senang je kan? Apa lagi, dah buat sila pos sedikit dekat rumah aku ya. Adios !

Ikhlas,
Gadis Comel




Sunday 11 May 2014

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum... Hye...

Hari ini, 11 May 2014....

SELAMAT HARI IBU

Bila aku sampai tempat kerja, semua orang mengucapkan Selamat Hari Ibu sesama mereka. Bergenang air mata aku bila tengok peristiwa ini. Rindu aku pada arwah emak semakin menebal. Kalaulah arwah emak ada sekarang ini pasti sebelum pergi kerja ucapan SELAMAT HARI IBU keluar dari mulut aku ini. 

Pejam celik, pejam celik arwah emak dah meninggalkan kami sekeluarga selama tujuh bulan. Rasanya baru semalam je arwah emak pergi. Ya ALLAH... Rindunya pada arwah emak...

Selamat Hari Ibu, Emak... Kak Ngah rindu, emak

Semoga emak ditempatkan orang-orang yang beriman. AMIN...

Ikhlas,
Gadis Comel