Pink Bobblehead Bunny -->

Saturday 20 April 2013

Penemuan Anak Kapal Terbang dan Anak Helikopter Berkeliaran Di Udara


Assalamualaikum… Hye…

Awek-awek, pakwe-pakwe, ibu-ibu, bapa-bapa sekalian buat apa tuh? Maksud I buat apa sekarang nih bukan waktu yang korang baca entry nih taw. Tapi waktu entry semasa I karang entry nih. I karang entry nih semasa di office, hari Jumaat pukul 4.03pm. Haa cuba korang ingat masa tuh korang buat apa. Kalau korang ingat maknanya ingatan korang nih masih gagah perkasa.

Entry kali ini bercerita pasal Festival Layang-Layang Antarabangsa yang ke 18 tahun dekat kawasan rumah I je pong. Tajuk entry je kemain gempak. Korang nak tahu tak? Cop ! Bagi yang tak nak tahu tuh sila raba mouse atau nama klasiknya tetikus. Pastuh gerakkan mouse dan pada masa yang sama cursor anda akan bergerak. Korang gerakkan cursor nih dekat tanda X sebelah kanan belah atas tuh taw. Lepas tuh korang click X tuh. Lepas je click, apa yang korang view sekarang nih akan hilang taw. Haa tuh la sape suruh tak nak tahu. Kan dah terpadam. So, lebih baik cepat-cepat tukar fikiran, tukar jadi korang nak tahu taw. Nanti terus ada magic sebab view yang korang tengok nih tak hilang. Sebenarnya I Cuma nak bagitahu korang Festival Layang-Layang nih berlangsung pada bulan February. Tapi bulan April nih baru I nak karang. Tuh je pong I nak bagitahu. Bukan cerite gempak sangat pun.

Lama beb tak pergi festival nih. Sejak zaman Matrik lagi I dah tak pergi ke festival ni. Almaklumlah, festival nih berlangsung bulan February. Semasa bulan February pula I dekat hostel. Hostel I pula jauhnya kemain. Tujuh hari tujuh malam baru sampai ke rumah kediaman. Tengok ! Betapa jauhnya rumah I dengan hostel. Kadang-kadangkan I terfikir juga kenapa festival ni buat semasa bulan February je. Cubalah sekali-sekala buat bulan lain pula. Tak rock ah kalau tiap tahun buat bulan February je.

Pada petang yang damai, I dan adik-adik I pergi ke tapak lokasi. Kami pergi bertiga je. Bila sampai je dekat tapak lokasi, perasaan gembiranya jangan cakaplah. Gayanya macam tak pernah pergi je festival nih. Tapi... Masa I pergi nih layang-layang besar dah tak ada. Almaklumlah, I pergi hari Ahad. Pertandingannya pula hari Sabtu. Kalau zaman I sekolah dulu, dari kelas I dah boleh nampak laying-layang besar ni dekat udara. Bermacam-macam jenis taw. Ada bentuk sotong, ikan, dinosor dan bermacam-macamlah. Ada juga kes burung mati terkejut ! Salah satu punca burung tuh mati terkejut adalah nampak dinosor besar di udara. Sadis I dengar berita tuh. Paling unik yang pernah I tengok adalah laying-layang beca. Klasik sangat okeh ! Pemain-pemain pula ada dari pelbagai negara. Pemain-pemain nih hebat taw ! Bermacam-macam gaya taw. Ada yang bermain sambil menunggang skateboard. Tidak ketinggalan juga bermain sambil menunggang kereta kayuh. Haa… Hebatkan dia orang nih?

Semasa festival nih berlangsung, pelbagai gerai ada di tapak festival. Antara gerai-gerainya seperti gerai layang-layang, gerai makanan dan minuman, gerai pakaian, gerai teddy bear, gerai pokok-pokok hidup (alah orang jual-jual pokok tuh) dan booth macam booth Perbadanan Pasir Gudang dan Johor Corporation.
Sebelum korang meninggalkan entry ini, I hidangkan dengan gambar-gambar semasa festival nih berlangsung. 






































Adios !

Ikhlas,
Gadis Comel

Nafisah Kahwin?


Assalamualaikum… Hye…

Rasa-rasanya dah lame tak buka blog nih. Masukkan email pun banyak kali kot. Almaklumlah, email banyak sangat. Tuh pasal tak tahu yang mane satu. Kalau dah email pun tak ingat, semestinya password pun dilupakan. Amboi, dilupakan gitu. Macam tak berharga je password ni. Masuk password paling mencabar sekali. Sampaikan pasword internet banking pun I bantai try. Tapi tak boleh juga. Mase tuh I dah pusing kepala memikirkan password blog ni. Kalau I nih hantu mesti kepala ni boleh pusing betul-betul. Lepas tuh kan adik-adik I mesti terpekik terlolong sebab tengok kepala I berpusing. Tapikan kalau dia orang terpekik terlolong, mesti dia orang pun hantu jugakan? Ah sudah ! Dah macam keluarga hantu pulak. Hahaha Dah-dah ! Tupup kisah hantu ! Tadi kemain cite pasal password, sekarang cite pasal hantu pula. Melalut je kerjanya. Haa berbalik kepada cerita password tadi, lepas je I try masukan pelbagai password dan tidak berjaya. Maka, I pun pergi ambil arang berserta kemian untuk buat jampi serapah. Dah baca jampi, I sembur dekat screen lappy nih. Habis basah lappy I. Lepas je I sembur, I masukkan password, tekan enter ! TING !!! Berjaya beb ! I menjerit manja-manja gitu sebab dah malamkan. Kalau I jerit kuat-kuat nanti mak I nak join dua kaki pula.

Okeh ! Sekarang baru masuk tajuk utama. Kemain dia punya intro. Panjang berjela. Almaklumlah lame tak berblogkan. Tuh semangat berkobar-kobar menaip nih. Nih I nak bagitahu awal-awal, entry kali nih memang panjang berjela. So, kepada yang hanya nak baca entry pendek-pendek bolehlah tinggalkan blog nih. Hehehe Haa kali nih I nak cerita pasal hari kawen-kawen. Bukan I yang kawen ea. Tajuk je gempak. Propa je lebih. Sebenarnya lama dah kawan I nih kawen. Tapi baru sekarang berkesempatan nak menulis. Tah-tah dah beranak-pinak sekarang nih. Amboi ! Macam dah lama sangat kawan i tuh dah kawen. Padahal belum setahun pun. Gile hipobola I nih.Tapikan cerita kene gempak ! Baru bestkan? Hahaha Haa... Nama kawan I nih ROZANA binti SYUKRI, nama gedik dia Zana. Dia nih exclassmate I dekat UMP, Pahang. Untuk pengetahuan korang, Zana ni merupakan pengantin kedua dalam kelas I. Pengantin yang pertama, namanya JANNAH. Tahun lepas dia kawen. Sekarang dah berbadan dua tau. Dahlah Jannah sekarang tengah praktikal, moga-moga Jannah sihat dan tidak mengalami alahan semasa praktikal nih. Amin... Haa.. Nanti masa konvo Jannah bawa baby naik stagelah. Mesti comel gila !

Masa Zana kawen nih, I dengan THE AWEK dah berpisah. Masa tuh nak cuti semester. Bukan tuh saja, probability nak jumpa balik pun susah sebab masing-masing praktikal lain-lain tempat. Pastuh, terus konvo. Dah sah-sahlah nak jumpa balik pun susah. Tapi sebelum cuti, kami dah berjanji dan plan masa Zana kawen mesti pergi. So, secara tak langsung kami bolehlah berjumpa. Boleh lepas rindu sekali. Hehehe Sebelum pergi ke rumah Zana, kami berkumpul di Kuantan dulu. Pagi Ahad dalam pukul 10am kami bertolak ke tapak perkahwinan Zana. Seramai tujuh orang yang pergi. I, Atul, Atiqah Aziera, Shah, Qayyum dan Fitri. Kami bertujuh pergi dengan menunggang Alza yang dimiliki oleh Atul dan Feroza yang dimilik oleh Shah. Kemain pakai sampai dua kereta. Padahal Alza muat je masuk tujuh orang. Feroza di tunggang oleh Aziera dan di sumbat oleh I dan Shah. Manakala Alza ditunggang oleh Atul dan disumbat oleh Atiqah, Qayyim dan Fitri. Seronok weyh konvoi ramai-ramai. Padahal dua kereta je kot. Bajed macam sepuluh kereta yang pergi.

Dalam tengah hari kami sampai. Sesuailah tuh. Ataupun orang lain kata, ngam-ngam choi. Boleh lunch sekali + jimat duit I. Sebelum nak masuk rumah Zana, jalanya kemain sempit. Tengah menyempit dengan kereta lain tiba-tiba berselisih dengan kereta Syahid a.k.a Mega. I dengan Aziera kemain melambai-lambai dekat Syahid. Excited kot nampak Syahid. Dah macam Syahid tuh retis pula. Masuk je perkarangan rumah Zana, kami semua tercengang, pastuh takut-takut nak masuk. Masuk je rumah Zana, jumpa pelamin dulu. Dekat atas pelamin tuh ada Princess beb ! Lawa gile Princess tuh. Masa tuh mata tak berkelip tengok Princess. Otak kiri dan kanan pula berbual sesama dia orang. Ini antara dialog Otak Kanan dan Kiri yang sempat I catit.

Otak Kanan     : Kenapa ada Princess nih?
Otak Kiri         : Mana Zana?
Otak Kanan     : Kita salah rumah ke?

Ohmgie ! Zana lawa sangat ! Lain sangat muka Zana ! Bukan I saja cakap lain, Atul, Atiqah dan Aziera pun cakap lain sangat. Tak macam Zana. Cantik ! Beautiful ! Pretty ! Menawan ! Menarik ! Lawa ! Gojes ! Dah macam Princess okey ! Princess pun tak lawa macam Zana ! Kalau korang tak caya, tengok gambar-gambar kat bawah nih.




Zana with The Awek 

Lepas je bergambar dengan Zana, kami pergi melantak. Lapar beb ! Habis je makan, kami pun bersurai ke negeri masing-masing. Apa-apa pun, perjalanan ini sangat manis sekali. Dapat lepas rindu dekat THE AWEK ! Sebagai penutup, I jamu korang dengan gambar semasa perjalanan ke tapak perkahwinan Zana. 






Adios !

Ikhlas,
Gadis Comel