Assalamualaikum… Hye…
Rasa-rasanya dah lame tak buka
blog nih. Masukkan email pun
banyak kali kot. Almaklumlah, email banyak sangat. Tuh pasal tak tahu
yang mane satu. Kalau dah email pun tak ingat, semestinya password pun
dilupakan. Amboi, dilupakan gitu. Macam tak berharga je password ni. Masuk password paling mencabar
sekali. Sampaikan pasword internet banking pun I bantai try. Tapi tak
boleh juga. Mase tuh I dah pusing kepala memikirkan password blog ni. Kalau I
nih hantu mesti kepala ni boleh pusing betul-betul. Lepas tuh kan adik-adik I mesti terpekik terlolong
sebab tengok kepala I berpusing. Tapikan kalau dia orang terpekik terlolong, mesti dia orang pun hantu
jugakan? Ah sudah ! Dah macam keluarga hantu pulak. Hahaha Dah-dah ! Tupup
kisah hantu ! Tadi kemain cite pasal password, sekarang cite pasal hantu pula.
Melalut je kerjanya. Haa berbalik kepada cerita password tadi, lepas je I try
masukan pelbagai password dan tidak berjaya. Maka, I pun pergi ambil arang
berserta kemian untuk buat jampi serapah. Dah baca jampi, I sembur dekat screen
lappy nih. Habis basah lappy I. Lepas je I sembur, I masukkan password, tekan
enter ! TING !!! Berjaya beb ! I menjerit manja-manja gitu sebab dah malamkan.
Kalau I jerit kuat-kuat nanti mak I nak join dua kaki pula.
Okeh ! Sekarang baru masuk tajuk utama. Kemain
dia punya intro. Panjang berjela. Almaklumlah lame tak berblogkan. Tuh semangat
berkobar-kobar menaip nih. Nih I nak bagitahu awal-awal, entry kali nih memang
panjang berjela. So, kepada yang hanya nak baca entry pendek-pendek bolehlah
tinggalkan blog nih. Hehehe Haa kali nih I nak cerita pasal hari kawen-kawen. Bukan I yang kawen ea. Tajuk je gempak. Propa je lebih. Sebenarnya lama dah kawan I nih kawen. Tapi baru sekarang berkesempatan nak
menulis. Tah-tah dah beranak-pinak sekarang nih. Amboi ! Macam dah lama sangat
kawan i tuh dah kawen. Padahal belum setahun pun. Gile hipobola I nih.Tapikan
cerita kene gempak ! Baru bestkan? Hahaha Haa... Nama kawan I nih ROZANA binti
SYUKRI, nama gedik dia Zana. Dia nih exclassmate I dekat UMP, Pahang. Untuk
pengetahuan korang, Zana ni merupakan pengantin kedua dalam kelas I. Pengantin
yang pertama, namanya JANNAH. Tahun lepas dia kawen. Sekarang dah berbadan dua
tau. Dahlah Jannah sekarang tengah praktikal, moga-moga Jannah sihat dan tidak
mengalami alahan semasa praktikal nih. Amin... Haa.. Nanti masa konvo Jannah
bawa baby naik stagelah. Mesti comel gila !
Masa Zana kawen nih, I dengan THE
AWEK dah berpisah. Masa tuh nak cuti semester. Bukan tuh saja, probability nak
jumpa balik pun susah sebab masing-masing praktikal lain-lain tempat. Pastuh, terus
konvo. Dah sah-sahlah nak jumpa balik pun susah. Tapi sebelum cuti, kami dah
berjanji dan plan masa Zana kawen mesti pergi. So, secara tak langsung kami
bolehlah berjumpa. Boleh lepas rindu sekali. Hehehe Sebelum pergi ke rumah
Zana, kami berkumpul di Kuantan dulu. Pagi Ahad dalam pukul 10am kami bertolak ke tapak perkahwinan Zana. Seramai
tujuh orang yang pergi. I, Atul, Atiqah Aziera, Shah, Qayyum dan Fitri. Kami
bertujuh pergi dengan menunggang Alza yang dimiliki oleh Atul dan Feroza yang
dimilik oleh Shah. Kemain pakai sampai dua kereta. Padahal Alza muat je masuk
tujuh orang. Feroza di tunggang oleh Aziera dan di sumbat oleh I dan Shah.
Manakala Alza ditunggang oleh Atul dan disumbat oleh Atiqah, Qayyim dan Fitri. Seronok
weyh konvoi ramai-ramai. Padahal dua kereta je kot. Bajed macam sepuluh kereta
yang pergi.
Dalam tengah hari kami sampai.
Sesuailah tuh. Ataupun orang lain kata, ngam-ngam choi. Boleh lunch sekali + jimat
duit I. Sebelum nak masuk rumah Zana, jalanya kemain sempit. Tengah menyempit
dengan kereta lain tiba-tiba berselisih dengan kereta Syahid a.k.a Mega. I
dengan Aziera kemain melambai-lambai dekat Syahid. Excited kot nampak Syahid. Dah
macam Syahid tuh retis pula. Masuk
je perkarangan rumah Zana, kami semua tercengang, pastuh takut-takut nak masuk.
Masuk je rumah Zana, jumpa pelamin dulu. Dekat atas pelamin tuh ada
Princess beb ! Lawa gile Princess tuh. Masa tuh mata tak berkelip tengok
Princess. Otak kiri dan kanan pula berbual sesama dia orang. Ini antara dialog Otak Kanan dan Kiri yang
sempat I catit.
Otak Kanan :
Kenapa ada Princess nih?
Otak Kiri :
Mana Zana?
Otak Kanan : Kita salah rumah ke?
Ohmgie ! Zana lawa sangat ! Lain
sangat muka Zana ! Bukan I saja cakap lain, Atul, Atiqah dan Aziera pun cakap
lain sangat. Tak macam Zana. Cantik ! Beautiful ! Pretty ! Menawan ! Menarik !
Lawa ! Gojes ! Dah macam Princess okey ! Princess pun tak lawa macam Zana ! Kalau korang tak caya, tengok
gambar-gambar kat bawah nih.
![]() |
Zana with The Awek |
Lepas je bergambar dengan Zana, kami pergi
melantak. Lapar beb ! Habis je makan, kami pun bersurai ke negeri masing-masing.
Apa-apa pun, perjalanan ini sangat manis sekali. Dapat lepas rindu dekat THE
AWEK ! Sebagai penutup, I jamu korang dengan gambar semasa perjalanan ke tapak
perkahwinan Zana.
Adios !
Ikhlas,
Gadis Comel
No comments:
Post a Comment