Pink Bobblehead Bunny -->

Saturday, 20 April 2013

Penemuan Anak Kapal Terbang dan Anak Helikopter Berkeliaran Di Udara


Assalamualaikum… Hye…

Awek-awek, pakwe-pakwe, ibu-ibu, bapa-bapa sekalian buat apa tuh? Maksud I buat apa sekarang nih bukan waktu yang korang baca entry nih taw. Tapi waktu entry semasa I karang entry nih. I karang entry nih semasa di office, hari Jumaat pukul 4.03pm. Haa cuba korang ingat masa tuh korang buat apa. Kalau korang ingat maknanya ingatan korang nih masih gagah perkasa.

Entry kali ini bercerita pasal Festival Layang-Layang Antarabangsa yang ke 18 tahun dekat kawasan rumah I je pong. Tajuk entry je kemain gempak. Korang nak tahu tak? Cop ! Bagi yang tak nak tahu tuh sila raba mouse atau nama klasiknya tetikus. Pastuh gerakkan mouse dan pada masa yang sama cursor anda akan bergerak. Korang gerakkan cursor nih dekat tanda X sebelah kanan belah atas tuh taw. Lepas tuh korang click X tuh. Lepas je click, apa yang korang view sekarang nih akan hilang taw. Haa tuh la sape suruh tak nak tahu. Kan dah terpadam. So, lebih baik cepat-cepat tukar fikiran, tukar jadi korang nak tahu taw. Nanti terus ada magic sebab view yang korang tengok nih tak hilang. Sebenarnya I Cuma nak bagitahu korang Festival Layang-Layang nih berlangsung pada bulan February. Tapi bulan April nih baru I nak karang. Tuh je pong I nak bagitahu. Bukan cerite gempak sangat pun.

Lama beb tak pergi festival nih. Sejak zaman Matrik lagi I dah tak pergi ke festival ni. Almaklumlah, festival nih berlangsung bulan February. Semasa bulan February pula I dekat hostel. Hostel I pula jauhnya kemain. Tujuh hari tujuh malam baru sampai ke rumah kediaman. Tengok ! Betapa jauhnya rumah I dengan hostel. Kadang-kadangkan I terfikir juga kenapa festival ni buat semasa bulan February je. Cubalah sekali-sekala buat bulan lain pula. Tak rock ah kalau tiap tahun buat bulan February je.

Pada petang yang damai, I dan adik-adik I pergi ke tapak lokasi. Kami pergi bertiga je. Bila sampai je dekat tapak lokasi, perasaan gembiranya jangan cakaplah. Gayanya macam tak pernah pergi je festival nih. Tapi... Masa I pergi nih layang-layang besar dah tak ada. Almaklumlah, I pergi hari Ahad. Pertandingannya pula hari Sabtu. Kalau zaman I sekolah dulu, dari kelas I dah boleh nampak laying-layang besar ni dekat udara. Bermacam-macam jenis taw. Ada bentuk sotong, ikan, dinosor dan bermacam-macamlah. Ada juga kes burung mati terkejut ! Salah satu punca burung tuh mati terkejut adalah nampak dinosor besar di udara. Sadis I dengar berita tuh. Paling unik yang pernah I tengok adalah laying-layang beca. Klasik sangat okeh ! Pemain-pemain pula ada dari pelbagai negara. Pemain-pemain nih hebat taw ! Bermacam-macam gaya taw. Ada yang bermain sambil menunggang skateboard. Tidak ketinggalan juga bermain sambil menunggang kereta kayuh. Haa… Hebatkan dia orang nih?

Semasa festival nih berlangsung, pelbagai gerai ada di tapak festival. Antara gerai-gerainya seperti gerai layang-layang, gerai makanan dan minuman, gerai pakaian, gerai teddy bear, gerai pokok-pokok hidup (alah orang jual-jual pokok tuh) dan booth macam booth Perbadanan Pasir Gudang dan Johor Corporation.
Sebelum korang meninggalkan entry ini, I hidangkan dengan gambar-gambar semasa festival nih berlangsung. 






































Adios !

Ikhlas,
Gadis Comel

No comments:

Post a Comment