Pink Bobblehead Bunny -->

Tuesday 25 November 2014

Oh Haters !

Assalamualaikum... Hye...

Haters? Haa aku yang baik ini pun ada haters taw. Tapi baik ke? Hahaha... Suke hati akulah aku nak cakap aku nih baik. haha

Sejak dua menjak ini ramai pulak yang wasup aku lah, pm aku dekat fb lah, dm aku dekat instagram lah. Pastuh kutuk-kutuk aku, maki aku. Tapi pesen macam ini aku ok lagi sebab bukan jenis nak memalukan aku dikhayalak ramai. Yang aku sakit hati tuh pesen yang jenis nak jatuhkan air muka orang depan orang ramai. Contohnya, cari pasal dengan komen-komen yang kurang ajar dekat instagram. Tak memasal aku nak kene delete semua tuh. Tapi yang aku peliknya, manusia nih aku tak kenal langsung. Tah dari planet mane tah dia orang nih. 

Benda macam inilah buat aku tidak ada mood dan geram. Last last aku motivasikan diri sendiri ini. Actually haters nih sebenarnya ada bagusnya. Contohnya, kita dapat tahu salah kita dan lemah kita. Bukan itu je, dia orang nih sebenarnya 'amik berat' pasal kita even in bad way sekali pun. Mana kau rasa bagus, kau amiklah. Yang tak bagus tuh kau tinggalkanlah. Secara tak langsung kita boleh tingkatkan diri kita nih. Yang lebih-lebih tuh kau ignore kan je. Mungkin dia orang ini kurang kasih sayang. hahaha Kena ingat, kita nih tak mampu nak puaskan hati orang sampailah nak kiamat sekalipun. Adatlah tuh ada orang suka kita, ada juga orang tak suka kita walaupun kita tak kacau hidup diaorang nih. Adios !

Ikhlas,
Gadis Comel

Thursday 30 October 2014

Lagu Emak

Assalamualaikum... Hye...

Ku bertanya pada malam,
Ku bertanya pada bintang,
Sedang apa kau duhai sayangku,

Di sini angin menyampaikan,
Salam mu salam sayang, 
Salam sejuta cinta dan rindu.

Sabar sabar sabarlah sayangku,
Semua ini akan cepat berlalu,

Sebutlah namaku di setiap nafas mu,
Ku kan datang kepadamu sayang,
Panggil panggil aku segenap rasamu,
Dan rasakan aku membelaimu

Pejamkanlah matamu,
Dan kau tenangkan hatimu,
Dan kau rasakan aku memelukmu


Aku suka lirik lagu ini (Wali Band - Salam Rindu). Kalau pada orang lain, mungkin ini lagu putus cinta. Tapi aku boleh pula berfikir lagu ini arwah emak aku yang nyanyikan. Alahai Nafisah oi, hati kau nih hati tisu betullah. Emak... Rindu sangat dekat emak. 


Ikhlas,
Gadis comel



Sunday 10 August 2014

Oreo Cheesecake

Assalamualaikum... Hye...

Siapa suka makan cheesecake sila senyum. Aku pula tak berapa gemar nak makan cheesecake nih. Rasa muak dan geli-geliman bila ada dekat dalam mulut nih. 

Aku suka buat cake ! Lagi-lagi cheesecake ! Padahal aku bukan makan sangat pun cheesecake nih. Perasaan bunga-bunga gitu kalau cake menjadi. Bila nampak je cake tuh keluar dari oven or frige rasa tak sabar je nak tengok hasilnya. 

Dulu aku ada try buat oreo cheesecake nih. Aku buat yang tanpa bakar. Tapi..... Tak menjadi. Lembek semacam. Tapi nasib baik adik aku hantu cheese. Dialah yang habiskan cake tuh. So, kali ini aku try pula yang bakar punya. Alhamdulilah... Menjadi cake nya. Okeh, jom tengok resepinya. 

Step yang pertama, buat basenya dulu.

Bahan-bahan untuk base:-

200g biskut oreo, dihancurkan
50g butter, dicairkan

Cara-cara untuk membuat base:-

1. Satukan biskut oreo yang dihancurkan dengan butter cair. Gaul rata.
2. Tuang dalam loyang bersaiz 8 inci & tekan hingga rata. Aku pakai spring form. Senang dan mudah.
3. Bakar sekejap pada suhu 160 c selama 10 minit. Ketepikan & biarkan sejuk.

p/s: Kalau korang rasa base nya macam nipis, korang tambahlah oreo dan butter. Yang penting pastikan base loyang ditutupi oleh biskut.

Sekarang kita buat cheesecake nya or filling.

Bahan-bahan filling:-

750g cream cheese
130g gula kaster
1/2 sudu kecil esen vanila
3 biji telur
200g whipping cream
15 keping biskut oreo, buang intinya

Cara-cara membuat filling:-

1. Pukul cream cheese dan gula kaster hingga lembut & berkrim. Kemudian masukkan esen vanila, pukul lagi.
2. Masukkan pula telur satu persatu. Pukul sebati.
3. Masukkan whipping cream, pukul sebati.
4. Akhir sekali, masukkan biskut oreo, gaul guna spatula. (p/s: korang boleh hancurkan biskut oreo tuh then gaulkan. Ataupun korang susun biskut oreo tuh. Kiranya macam layer kan biskut dengan creamcheese).
5. Tuang adunan kedalam loyang berisi base tadi. Ratakan permukaannya sedikit.
6. Bakar guna teknik waterbath / steam bake selama 1 jam pada suhu 160 C.
7. Bila kek sudah masak. Biarkan kek sejuk sepenuhnya dalam oven selama 1 jam dengan pintu oven terbuka sedikit. Alihkan dari waterbath, tutup & simpan dalam peti sejuk selama 5 jam atau semalaman baru di potong.
8. Siap dihidangkan.

Apa itu steam bake / waterbath? 
1. Korang perlukan 1 loyang tambahan.
2. Loyang tambahan itu isikan dengan air, kemudian masukkan loyang yang yang berisi base dan creamcheese tadi.

Oh lupa nak bagi tahu, korang tutup loyang tuh dengan aluminium foil kalau tidak cheesecake korang akan jadi kuning. Kali ini aku gunakan cream cheese bran tatura. Rasanya agak masam sedikit.

Brand cream cheese yang aku guna



Ini rupa cake aku. Kosong bukan? haha aku bab nak deco cake nih memang fail. Okeh ! Selamat mencuba !

Ikhlas,
Gadis Comel

Tuesday 3 June 2014

Mango Cheese Cake

Assalamualaikum... Hye...

Siapa pernah makan mango cheesecake? Sebelum aku buat mango cheesecake nih aku tak pernah lagi makan mango cheesecake nih. 

Hari tuh aku ada tengok member aku post gambar mango cheesecake. Tetibe tangan ini gatal nak buat cake pula. Lepas tuh apa lagi, jari nih gatal lah mencari resepi mango cheesecake. Sebenarnya aku ada minta dekat kawan aku tuh, tapi dia tak ada masa nak bagi resepi. Aku pula tak reti sabar. Tuh yang aku p google sendiri. 

Nak buat cake nih simple gile. Tak perlu nak bake. Korang masuk je dalam frige. Haa... Nampak tak betapa mudahnya? Okeh jom intai resepinya.




Bahan-bahan:-

200 gram biskut marie
100 gram mentege, cairkan
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
2 biji buah mangga, 1 dikisar isinya, 1 lagi didadu
1 1/2 sudu besar gelatin halal
125 ml air suam
200 ml whipping cream, disejukkan

Cara-caranya:-

1. Biskut marie dihancurkan, kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga berkepal-kepal. Lepas tuh masukkan dalam tin springform. Tekan padat-padat yer. Nih kire base dialah. Lepas tuh masuk dalam freezer (bahagian sejuk beku).

2. Putar cream cheese dengan gula halus sehingga berkrim. Lepas tuh masukkan mangga yang dah dikisar. Putar sehingga rata. Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam bancuhan cheese tadi. Lepas tuh gaul hingga rata dengan menggunakan spatula.

3. Gelatin halal dibancuh bersama air suam. Korang kacau bancuhan tuh sehingga larut. Lepas tuh tuang dalam adunan cheese tadi dan kacau sehingga rata. Kemudian, masukkan mangga yang korang potong dadu tadi dan gaul sehingga rata. Lepas tuh, masukkan dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi. Korang ratakan. Kemudian, tutup tin tadi dengan aluminium foil.

4. Lepas tuh korang simpan dalam peti sejuk. Tapi kali ini bukan yang kat sejuk beku. Tapi masuk kat bahagian bawah. Simpan semalaman atau sehingga keras. 

Haa dah siap! Apa lagi, hidangkanlah.

Aku guna brand ini. Senang, ngam ngam 250gm

Aku guna brand ni. Ini pun ngam ngam 200ml. 

Masa buat cake nih, aku lupa nak beli biskut marie. Aku bantai biskut lemak. Menjadi jer cake nya. So, kalau korang tak ada biskut marrie, korang boleh pakai biskut lemak.

Hah! Bila dah siap, apa lagi..... Sila delivery dekat aku yer.... hahaha 

Ikhlas,
Gadis Comel




Thursday 15 May 2014

Biskut Chips More

Assalamualaikum... Hye...

Untuk entry kali ini aku tak banyak taip sebab aku curi masa dekat opis nih. Nanti nampak bos, habislah... Kantoi sudah... Okeh entry nih boleh terpublish sebab permintaan daripada beberapa kawan aku. Aku malas nak cerita panjang, korang tengok je lah resepi dekat bawah ni. Lagipun cerita pasal resepikan, so tak perlu nak membebel banyak-banyak. haha

Bahan-bahan:-

2 cawan Tepung Naik Sendiri
1 sudu kecil Baking Soda
250g Buttercup
1/2 cawan Gula Perang
1 biji Telur
1 susu kecil Esen Vanila
200g Chocolate Chip

Cara-caranya:-

1. Ayak tepung naik sendiri bersama-sama baking soda. 

2. Putar buttercup dan gula sehingga berkrim. 

3. Masukan telur dan esen vanila ke dalam adunan tadi. Gaulkan.

4. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang diayak tadi. Kemudian, gaul sehingga sebati.

5. Masukkan chocolate chip kedalam adunan tadi.

6. Bakar dalam oven selama 15 min, suhu 170°.

Adunan korang akan menjadi lembek. Untuk pengatahuan korang, resepi ini aku dapat daripada kawan aku. Macam mana dia bagi, macam itu jugalah aku bagi dekat korang. So, aku ada buat penambahan sedikit dekat resepi nih. Aku tambahkan dalam 5 sudu besar tepung gandum dan 2 sudu besar tepung jagung. So, adunan aku taklah lembek macam memula. Tapi korang jangan pula buat sampai adunan korang berkepal-kepal. Aku juga ada tambahkan badam hancur. Adalah dalam 5 sudu besar. Sebelum aku masukkan kedalam adunan, aku bakar dulu badam nih sehingga keperang-perangan. Oleh sebab aku ni suka chocolate chip lebih, maka chocolate chip pun aku ada tambah sedikit. Berapa sukatannya? Aku main bedal je. haha Agak-agak tak cukup aku tambah lagi. 

Untuk pengatahuan korang, cookies nih akan rasa muak sedikit bila baru masak. Bila korang dah biarkan semalaman baru tak rasa muak. Lagi satu, korang bukan boleh tekap adunan nih guna pencetak sebab adunan ini sedikit lembek. So, korang kena gunakan sudu untuk bentukkan cookies korang. Kalau nak nampak cantik, korang masukkan dalam acuan yang untuk buat apam yang comel-comel tuh. 

Ini contoh acuan apam yang comel-comel tuh

Haa senang je kan? Apa lagi, dah buat sila pos sedikit dekat rumah aku ya. Adios !

Ikhlas,
Gadis Comel




Sunday 11 May 2014

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum... Hye...

Hari ini, 11 May 2014....

SELAMAT HARI IBU

Bila aku sampai tempat kerja, semua orang mengucapkan Selamat Hari Ibu sesama mereka. Bergenang air mata aku bila tengok peristiwa ini. Rindu aku pada arwah emak semakin menebal. Kalaulah arwah emak ada sekarang ini pasti sebelum pergi kerja ucapan SELAMAT HARI IBU keluar dari mulut aku ini. 

Pejam celik, pejam celik arwah emak dah meninggalkan kami sekeluarga selama tujuh bulan. Rasanya baru semalam je arwah emak pergi. Ya ALLAH... Rindunya pada arwah emak...

Selamat Hari Ibu, Emak... Kak Ngah rindu, emak

Semoga emak ditempatkan orang-orang yang beriman. AMIN...

Ikhlas,
Gadis Comel

Thursday 24 April 2014

Menangis

Assalamualaikum...

Aghhh... Menangis tengok budak kecik nih. Comel gile !

Menangis? Menangis? Menangis? Siapa suka menangis? Sila angkat tangan.



Kenapa suka menangis? Kenapa menangis sinonim dengan perempuan? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Sedapnya cake nih

Kalau soalan-soalan ini ditujukan kepada aku……
Ya… aku memang suka menangis. Eh? Aku SUKA menangis? TIDAK!!! Aku nih sebenarnya bukan suka menangis, tapi senang menangis. Aku tak tahulah kenapa senang sangat aku nih menangis. Contohnya, Nampak orang menangis aku pun sibuk join orang tuh menangis sekali. Bukan tu je, kalau nampak orang sakit ke aku yang menangis. Macam orang tuh jatuh, dia tak menangis pun, tapi aku yang sibuk menangis. Kira aku menangis bagi pihak dia. Hahaha

Dulu masa aku kecik-kecik kalau ada masalah aku tak reti nak share masalah aku dekat orang lain. Aku akan tulis dekat kertas. Siap berangan kot. Konon-konon aku tengah bercakap dengan kertas. Aku bukan buat karangan macam tulis diari, tapi buat dialog.

Aku         : Kenapa mak marah aku?
Qhalisha  : Kau buat salah.
Aku         : Alah aku nak baju tu je. Bukan nak benda bukan-bukan pun.
Qhalisha  : Baju tuh mahal. Kau mintalah yang murah.

Haa… Macam inilah dialog yang aku buat. Yang pastinya aku akan pastikan nama kawan aku tuh mesti sedap-sedap dan glamor-glamor. Hahaha Bila buat dialog, aku menangis sampai tersedu-sedu. Sampai basah kertas tuh. Last-last aku koyakkan dan buang. Korang nampak macam tak berbaloikan bila dah tulis berjela-jela lepas tuh buang. Tapi bagi aku itu satu kepuasan. Rasa hilang semua masalah.

Perangai ni sampai ke besar aku bawa. Nampak macam tak matangkan. Hahaha Macam inilah aku melepaskan tensyen aku. Masing-masing ada cara tersendiri. Tapi korang kene ingat, jangan sampai terkeluar dari landasan agama. Contohnya, terjun bangunan ke, minum arak ke. Yang paling penting ALLAH sentiasa ada dengan kita. Adios!

Ikhlas,
Gadis Comel




Sunday 2 March 2014

Aku Bosan !!!

Assalamualaikum...

Hye... Okeh ! Aku bosan. Tuh je nak bagi tahu. haha 

Tetiba aku view blog aku sendiri. Lepas tuh usha blog sendiri. Lepas tuh bila baca tergelak sendiri. Sebab apa gelak? Sebab penulisan aku macam budak-budak je rasanya. hahaha

Okehlah aku nak sambung usha blog lagi. Tapi blog lainlah pula ya. Adios !

Ikhlas,
Gadis Comel

Tuesday 21 January 2014

Tasik Biru, Bandar Seri Alam Yang Cantik

Assalamualaikum... Hye...

Kali ini aku nak membebel pasal keindahan dan ciptaan Allah. Tempat nih namanya tasik biru. Terletak di Bandar Seri Alam. Cantik sangat-sangat. Untuk pengetahuan korang, tasik nih merupakan tapak asal kuari. Bila dah ditinggalkan, tuh yang terbentuknya tasik. 

Aku dah lama dengar pasal tasik nih. Tapi tak pernah pergi pun. Bila aku tanya dekat orang yang dah pergi, dia orang akan jawab, dekat Bandar Seri Alam. Bila ditanya area mane? Jawapan yang mengecewakan aku adalah tak tahu. Frust kot ! Tapi..!!! Akhirnya aku dapat juga menjejakkan kaki ke sini. 

Nak berdating dengan tasik nih perlulah mendaki okeh ! Aku daki dengan berbaju kurung okeh ! haha Haa disebalik bukit barulah ada tasik biru ini. Sebelum aku jamu korang dengan gambar cantik-cantik tasik nih, aku beri plan dulu nak ke tasik nih.

Untuk pengatahuan korang, tasik nih berada di hadapan UniKL, Bandar Seri Alam. Okeh, aku tak tahu nak beri direction macam mana nak ke UniKL nih. Cuma aku boleh tolong.... Tolonglah ikut signboard. Hahaha Tapi bila korang dah sampai depan UniKL mesti korang tak akan jumpa tasik nih. Macam aku cakap mula-mula tadi, tasik nih berada dibelakang bukit. So, bukit nih yang berada didepan UniKL. Nih aku bagi plan bukit tuh. Plan agak buruk. Aku buat pakai paint je. Tak reti nak pakai software canggih-canggih nih. haha


Harap-harap korang paham plan aku nih. Korang memang kene park kereta dekat tepi jalan tau. Keselamatan kereta atas tanggungan sendiri taw.

Nih rupa bukit tuh... Tak tinggi mana pun bukit tuh
Lepas korang daki bukit nih korang terus akan jumpa tasik nih. Tasik nih memang korang tak boleh nak pegang airnya. Korang akan berada diatas bukit. Tasik berada di bawah bukit. Haa dapat imagine tak macam mana? Kalau tak dapat korang kenalah pergi melawat bukit nih. 

Okeh jom tengok keindahan tasik ini plus kecomelan rupa aku. haha

Ini rupa tasik tuh, Warna birukan?




Okeh sampai sini saja aku bercoleteh. Semoga korang sampai dengan selamat ke tempat ini. Hati-hati ya mendaki. (^_^) Adios !

Ikhlas,
Gadis Comel

Monday 20 January 2014

Resepi Brownies Cheese Layer

Assalamualaikum... Hye...

Dah lama rasanya aku tak menaip nih. Amik kau, tetibe update entry pasal masakan pula ye. Hahaha... Tah bilalah aku buat cake nih. Aku sendiri tak ingat bila tarikhnya. Lepas jer siap cake nih, ape lagi... Ambil handphone, snap... Upload kat Instagram dan Facebook

Maaf gambar kurang jelas... Pakai camera handphone je.

Lepas je upload, ada follower dekat Instagram nak resepi. Kalaulah dia orang tak minta resepi, rasanya tak wujudlah entry nih. Maaflah kepada mereka sebab tunggu terlalu lama untuk resepi ini. Okeh, jom tengok resepi cake nih. Haa kalau dah tengok, apa lagi buatlah yer. Lepas tuh hantar ke rumah kita yer. (^_^)

Bahan-bahan:-

Untuk Lapisan Chocolate:-

200gm Marjerin
200gm Coklat Masakan
170gm Tepung Gandum
30gm Serbuk Koko
170 Gula Halus
4 Biji telur

Cara-caranya:-

1. Cairkan marjerin dan coklat dengan menggunakan kaedah double boil. Tahu tak macam mana double boil nih? Cara dia nih, panaskan air yang dalam periuk yang dekat bawah terlebih dahulu. Bila dah mendidih, letakkan periuk diatas periuk yang mendidih tadi. Kemudian, letakkan magerin dan coklat. Kacau sehingga cair. Lepas tuh, ke tepikan seketika.

Kaedah double boil
Coklat dan mejerin yang telah dicairkan

2. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Pukul tak perlulah sehingga kembang sangat sampai korang terbalikkan besen, adunan tak jatuh. Aku pukul pakai mixer je. Cepat dan mudah serta tidak memenatkan tangan nih. haha

Pukul jangan tak pukul

3. Masukan tepung gandum dan serbuk koko ke dalam adunan tadi. Masukkan sedikit demi sedikit sambil gaul sehingga habis kesemuanya. Kacau sehingga rata. Masa nih tak payah pakai mixer ea. Nanti bantat pula. Korang boleh je guna spatula atau whisk.

Pukul sedikit demi sedikit

4. Masukan coklat dan magerin yang telah dicairkan tadi ke dalam adunan ini. Gaul sehingga rata.


5. Sapukan loyang korang dengan majerin. Mula-mula, bahagian base loyang tuh letakkan kertas minyak. Lepas tuh, sapukan dengan magerin. Sapu keseluruhan loyang taw. Maknanya dinding-dinding loyang pun kena sapu taw.

Nampak tak, aku sapu juga dekat dinding loyang?

6. Masukan separuh adunan ke dalam loyang telah disapu dengan magerin. Lepas tuh, tutup dengan aluminium foil. Kukus selama 15 minit.

Ini rupa cake lapisan bawah apabila telah dimasak


Sementara tunggu lapisan bawah nih masak. Kita buat adunan untuk lapisan cheese pula. Untuk adunan ini senang je. 

P/S: Nanti adunan ini akan di letak di lapisan atas sekali juga ya.

Untuk Lapisan Cheese:-

250gm Cream Cheese
60gm Gula Castor
25ml Air
1 biji Telur Gred A

Cara-caranyanya:-

1. Pukul kesemua bahan kecuali telur sehingga kembang. Yang ini pun aku pukul pakai mixer juga.

Pukul dan pukul

2. Masukan telur kedalam adunan tadi. Gaul sehingga rata ya. Yang nih pukul pakai mixer. Tapi jangan lama-lama sangat. Macam aku kate tadi, gaul untuk adunan ini rata je.

3. Kukus selama 20 minit. Yang ini pun kene tutup dengan aluminium foil macam yang tadi taw.

Bila dah masak, kukus pula lapisan yang atas. Korang guna adunan yang mula-mula tadi. Jangan lupa tutup dengan aluminium foil ya. Yang ini kukus selama 20 minit. Kalau tak masak, kukus lagi. Senang cerita selagi tak masak, korang kukus. Kalau tak tahu sama ada dalam cake tuh dah masak ke belum, korang cucuk cake tuh dengan lidi sate. Haa... Kalau ada yang melekat-melekat dekat lidi tuh maknanya belum masaklah. Kalau tak melekat, maknanya dah masaklah tuh. Tapi kene cucuk setiap bahagian taw. Maksud aku, dekat tengah-tengah dan tepi. Biasanya tepi dah masak tapi dekat tengah-tengah cake belum masak. So, apa lagi? Kene kukus lagilah kan? Bila dah masak je cake nih dan dah sejuk, bolehlah buat toppingnya. Yang nih pun senang je nak buat.

Untuk Topping 

300gm Coklat Masakan
120ml Whipping Cream
1 sudu besar Margerin

Cara-caranya:-

1. Cairkan kesemua bahan menggunakan kaedah double boil. Pastikan kesemua bahan cair.

Bahan ini di cairkan

Bila dah cair, bolehlah dicurahkan di atas cake yang telah masak tadi. 

Curahkan coklat diatas cake

Selepas tu, korang hiaslah cake korang mengikut creativity korang. Kalau aku, aku taburkan dengan colourfull rice je. Tadaaa...!!! Siap dah cake. 



Untuk pengatahuan korang, cake nih memang nampak macam bantat. Tapi sebenarnya tak bantat pun. Mengikut pembacaan aku, brownies nih memang sifat dia macam nih. (^_^) Lagi satu, cake nih memang bercoklat sangat. hahaha Kalau korang tengok bahan pun dah boleh tahu. Okeh, sekarang aku nk share brand apa yang aku gunakan untuk whipping cream dan cream cheese. Untuk whipping cream aku guna brand EMBORG manakala untuk cream cheese aku guna brand PHILADELPHIA. Harga dia kemain mahal kot ! Baru aku tahu kenapa cheese cake dijual dengan harga yang mahal. Rupa-rupanya cream cheese dan whipping ni gile mahal ! Untuk whipping cream RM17 (1 liter). Cream cheese pula RM12 (250gm). Paling aku ralat, whipping cream nih tak pula jual yang bersaiz kecil. Padahal nak guna 120ml je. Tapi teringin sangat nak mencuba, aku gagahkan juga beli whipping cream nih. Untuk coklat pula aku pakai brand Tulip. Yang nih pun mahal juga. 

 

Okeh... Selesai sudah kelas memasak kita. haha Kalau dah try buat tuh, mohon delivery ke rumah aku ya. Adios !

Ikhlas,
Gadis Comel