Pink Bobblehead Bunny -->

Tuesday 3 June 2014

Mango Cheese Cake

Assalamualaikum... Hye...

Siapa pernah makan mango cheesecake? Sebelum aku buat mango cheesecake nih aku tak pernah lagi makan mango cheesecake nih. 

Hari tuh aku ada tengok member aku post gambar mango cheesecake. Tetibe tangan ini gatal nak buat cake pula. Lepas tuh apa lagi, jari nih gatal lah mencari resepi mango cheesecake. Sebenarnya aku ada minta dekat kawan aku tuh, tapi dia tak ada masa nak bagi resepi. Aku pula tak reti sabar. Tuh yang aku p google sendiri. 

Nak buat cake nih simple gile. Tak perlu nak bake. Korang masuk je dalam frige. Haa... Nampak tak betapa mudahnya? Okeh jom intai resepinya.




Bahan-bahan:-

200 gram biskut marie
100 gram mentege, cairkan
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
2 biji buah mangga, 1 dikisar isinya, 1 lagi didadu
1 1/2 sudu besar gelatin halal
125 ml air suam
200 ml whipping cream, disejukkan

Cara-caranya:-

1. Biskut marie dihancurkan, kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga berkepal-kepal. Lepas tuh masukkan dalam tin springform. Tekan padat-padat yer. Nih kire base dialah. Lepas tuh masuk dalam freezer (bahagian sejuk beku).

2. Putar cream cheese dengan gula halus sehingga berkrim. Lepas tuh masukkan mangga yang dah dikisar. Putar sehingga rata. Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam bancuhan cheese tadi. Lepas tuh gaul hingga rata dengan menggunakan spatula.

3. Gelatin halal dibancuh bersama air suam. Korang kacau bancuhan tuh sehingga larut. Lepas tuh tuang dalam adunan cheese tadi dan kacau sehingga rata. Kemudian, masukkan mangga yang korang potong dadu tadi dan gaul sehingga rata. Lepas tuh, masukkan dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi. Korang ratakan. Kemudian, tutup tin tadi dengan aluminium foil.

4. Lepas tuh korang simpan dalam peti sejuk. Tapi kali ini bukan yang kat sejuk beku. Tapi masuk kat bahagian bawah. Simpan semalaman atau sehingga keras. 

Haa dah siap! Apa lagi, hidangkanlah.

Aku guna brand ini. Senang, ngam ngam 250gm

Aku guna brand ni. Ini pun ngam ngam 200ml. 

Masa buat cake nih, aku lupa nak beli biskut marie. Aku bantai biskut lemak. Menjadi jer cake nya. So, kalau korang tak ada biskut marrie, korang boleh pakai biskut lemak.

Hah! Bila dah siap, apa lagi..... Sila delivery dekat aku yer.... hahaha 

Ikhlas,
Gadis Comel