Pink Bobblehead Bunny -->

Sunday 10 August 2014

Oreo Cheesecake

Assalamualaikum... Hye...

Siapa suka makan cheesecake sila senyum. Aku pula tak berapa gemar nak makan cheesecake nih. Rasa muak dan geli-geliman bila ada dekat dalam mulut nih. 

Aku suka buat cake ! Lagi-lagi cheesecake ! Padahal aku bukan makan sangat pun cheesecake nih. Perasaan bunga-bunga gitu kalau cake menjadi. Bila nampak je cake tuh keluar dari oven or frige rasa tak sabar je nak tengok hasilnya. 

Dulu aku ada try buat oreo cheesecake nih. Aku buat yang tanpa bakar. Tapi..... Tak menjadi. Lembek semacam. Tapi nasib baik adik aku hantu cheese. Dialah yang habiskan cake tuh. So, kali ini aku try pula yang bakar punya. Alhamdulilah... Menjadi cake nya. Okeh, jom tengok resepinya. 

Step yang pertama, buat basenya dulu.

Bahan-bahan untuk base:-

200g biskut oreo, dihancurkan
50g butter, dicairkan

Cara-cara untuk membuat base:-

1. Satukan biskut oreo yang dihancurkan dengan butter cair. Gaul rata.
2. Tuang dalam loyang bersaiz 8 inci & tekan hingga rata. Aku pakai spring form. Senang dan mudah.
3. Bakar sekejap pada suhu 160 c selama 10 minit. Ketepikan & biarkan sejuk.

p/s: Kalau korang rasa base nya macam nipis, korang tambahlah oreo dan butter. Yang penting pastikan base loyang ditutupi oleh biskut.

Sekarang kita buat cheesecake nya or filling.

Bahan-bahan filling:-

750g cream cheese
130g gula kaster
1/2 sudu kecil esen vanila
3 biji telur
200g whipping cream
15 keping biskut oreo, buang intinya

Cara-cara membuat filling:-

1. Pukul cream cheese dan gula kaster hingga lembut & berkrim. Kemudian masukkan esen vanila, pukul lagi.
2. Masukkan pula telur satu persatu. Pukul sebati.
3. Masukkan whipping cream, pukul sebati.
4. Akhir sekali, masukkan biskut oreo, gaul guna spatula. (p/s: korang boleh hancurkan biskut oreo tuh then gaulkan. Ataupun korang susun biskut oreo tuh. Kiranya macam layer kan biskut dengan creamcheese).
5. Tuang adunan kedalam loyang berisi base tadi. Ratakan permukaannya sedikit.
6. Bakar guna teknik waterbath / steam bake selama 1 jam pada suhu 160 C.
7. Bila kek sudah masak. Biarkan kek sejuk sepenuhnya dalam oven selama 1 jam dengan pintu oven terbuka sedikit. Alihkan dari waterbath, tutup & simpan dalam peti sejuk selama 5 jam atau semalaman baru di potong.
8. Siap dihidangkan.

Apa itu steam bake / waterbath? 
1. Korang perlukan 1 loyang tambahan.
2. Loyang tambahan itu isikan dengan air, kemudian masukkan loyang yang yang berisi base dan creamcheese tadi.

Oh lupa nak bagi tahu, korang tutup loyang tuh dengan aluminium foil kalau tidak cheesecake korang akan jadi kuning. Kali ini aku gunakan cream cheese bran tatura. Rasanya agak masam sedikit.

Brand cream cheese yang aku guna



Ini rupa cake aku. Kosong bukan? haha aku bab nak deco cake nih memang fail. Okeh ! Selamat mencuba !

Ikhlas,
Gadis Comel