Assalamualaikum...
Aghhh... Menangis tengok budak kecik nih. Comel gile ! |
Menangis? Menangis?
Menangis? Siapa suka menangis? Sila angkat tangan.
Kenapa suka menangis? Kenapa
menangis sinonim dengan perempuan? Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Sedapnya cake nih |
Kalau soalan-soalan ini
ditujukan kepada aku……
Ya… aku memang suka
menangis. Eh? Aku SUKA menangis? TIDAK!!! Aku nih sebenarnya bukan suka
menangis, tapi senang menangis. Aku tak tahulah kenapa senang sangat aku nih
menangis. Contohnya, Nampak orang menangis aku pun sibuk join orang tuh
menangis sekali. Bukan tu je, kalau nampak orang sakit ke aku yang menangis.
Macam orang tuh jatuh, dia tak menangis pun, tapi aku yang sibuk menangis. Kira
aku menangis bagi pihak dia. Hahaha
Dulu masa aku
kecik-kecik kalau ada masalah aku tak reti nak share masalah aku dekat orang
lain. Aku akan tulis dekat kertas. Siap berangan kot. Konon-konon aku tengah
bercakap dengan kertas. Aku bukan buat karangan macam tulis diari, tapi buat
dialog.
Aku : Kenapa mak marah aku?
Qhalisha : Kau buat salah.
Aku : Alah aku nak baju tu je. Bukan nak benda
bukan-bukan pun.
Qhalisha : Baju tuh mahal. Kau mintalah yang murah.
Haa… Macam inilah
dialog yang aku buat. Yang pastinya aku akan pastikan nama kawan aku tuh mesti
sedap-sedap dan glamor-glamor. Hahaha Bila buat dialog, aku menangis sampai tersedu-sedu.
Sampai basah kertas tuh. Last-last aku koyakkan dan buang. Korang nampak macam
tak berbaloikan bila dah tulis berjela-jela lepas tuh buang. Tapi bagi aku itu
satu kepuasan. Rasa hilang semua masalah.
Perangai ni sampai ke
besar aku bawa. Nampak macam tak matangkan. Hahaha Macam inilah aku melepaskan
tensyen aku. Masing-masing ada cara tersendiri. Tapi korang kene ingat, jangan
sampai terkeluar dari landasan agama. Contohnya, terjun bangunan ke, minum arak
ke. Yang paling penting ALLAH sentiasa ada dengan kita. Adios!
Ikhlas,
Gadis Comel