Pink Bobblehead Bunny -->

Saturday 15 December 2012

Rindu-Rindu Aduh Sayang Merindu

Assalamualaikum... Hye...


Kerana buah-buahan inilah penyebab aku demam hari ini. sob... sob... sob... Itulah, makan rambutan tak ingat dunia. Bukan sahaja demam, tekak perit pun aku alami juga. Sampai berdara-darah tekak aku ni. Nasib baik tak tumbuh siung kt mulut ini. Tengah demam-demam ini jugalah aku risaukan project manufacturing technology ! Group lain ade yang dah nak siap, tidak lupe juga ade yang dah siap. Tapi group aku nih, 1/4 pun rasa-rasanya belum cecah. Minggu ini dan minggu depan sangat busy ! Minggu depan bakal menghadapi 3 test ! 1 viva ! oh ! macam nak koma je rase nyer ! Aku berharap minggu depan aku dapat tempuhi dengan jayanya ! amin~

Pada minggu ini juga aku senang je menitiskan air mata. Tah lah, tak tahu kenape. Sayu je hati ini. Ada satu hari tuh 4 kali aku menangis. Ini semua gara-gara tengok AdamHawa, Cinta Itu Milik Ku, Mimpi Cinderella dan Ape Celop Toq. Padahal bukan sedih mane pong cite nyer. Tapi boleh pulak aku nih nak menangis. Esoknya pula dua kali aku menangis. Kali ini menagis sebab dua orang kawan aku kehilangan ibunya. Hmm.. Tuh belum menangis rindukan keluarga. Yang ini jangan cakaplah. Asal termenung je menangis. Asal tengok gambar family je menangis. Adeh ! Kalau tadah air mate ni, cukup 1 botol ni. Sedih-sedih ni terubat juga bile mak dan ayah call. Paling suke sekali ayah comment status aku kt FB tuh. (^_^)


Okeylah... Kesan dadah dah menjalar dalam tubuh ni. Aku mau tidur ya... Adios ! 


Ikhlas,
Gadis Comel

Saturday 8 December 2012

Melepaskan PSM Dengan Hati Gembira

Assalamualaikum... Hye...

Hari ini celik je mate, terus aku message Atiqah dan Atul. Ini semua sebab tak print lagi PSM. Dengan muke baru bangun tidur, tak gosok gigi, tak cuci muke aku dengan gagahnya pergi ke bilik Atiqah dan Atul. haha Tapi last last aku print pukul 3pm jugak ! haha Siap je print aku pergi ke Inna Shope (ejaan kedai ni mmg mcm ni, nukan typo ea) untuk binding PSM aku ni. Sampai je Inna Shope, aku buat muke terkejut sebab barisan sangat panjang ! Aku dah gelabah ! Jam dah pukul 4.15pm. Sempat ke nak hantar sebelum pukul 5pm ni? 

Hmm... Mase tengah tunggu giliran, mulut ni aku jampilah ape-ape yang patut. Harap-harap dipermudahkan segala urusan. Aku bukan ape, akak Inna Shop ni memang suke buat masalah. Sedang aku berjampi-jampi, tibe-tibe akak Inna Shope tanya semua orang.


"Semua yang beratur nih nak binding ke?" dengan nada yang tinggi dan muka yang bengis !


Tengok ! Kan aku cakap ! Akak ni memang lain sikit perangainya. Bila dia cakap macam tuh je, aku terus buat muke kecewa. Yelah... Jampi aku tak menjadikan. Tak lame lepas tuh tibe-tibe ade sekumpulan budak perempuan mana tah tegur aku. Tanya itu ini. Banyak juga soalan dia orang ni. Habis bertanya. Dia orang cakap sesama dia orang dengan nada berbisik. Dia orang ingat aku tak dengar lah tuh. haha


"Eh, budak nih tahun empat ke? Senior ke?" 


Ini paling aku sedih ! Dah nak habis sem. Perasaan jadi senior nih aku susah nak rasa. Asyik orang pikir aku nih junior je. haha Habis je segala urusan aku, aku terus bayar RM6.80. Lepas tuh aku blah dari Inna Shope. Dalam perjalanan ke Inna Shope, aku berjampi lagi. Kali ini jampi aku lebihkan sikit. Jampi ini yang penting. haha Sampai je bilik Dr. Ridzuan, tengok-tengok Dr. Ridzuan tak ada. Aku pun call lah D.r. 


"Awak bagi thesis awak tuh kat kaunter"



Aku tak tahu pun Dr. Ridzuan ni ada pangkat Dr.
Baca benda ni kt pintu dia baru tahu. Sem nih lak br tahu. 


Aku pun turun bawah. Hantar thesis ni kat orang yang bertugas kat kaunter tuh. Lepas je hantar, hati nih lega terus ! Terus tak pikir dah pasal PSM nih ! Sekarang fokus aku pula pada lab report Madam Suzie dan assignment En. Shariman yang tak pernah satu pun aku sentuh ! (^_^) Ok... Adios !



PSM aku !


Ikhlas,
Gadis Comel

Friday 7 December 2012

Alhamdulilah (^_^)

Assalamualaikum... Hye...

Alhamdulilah... Syukur... Akhirnya siap juga final year report (FYP) aku ni. Tepat pukul 1.40am, 7 Desember 2012 berakhirnya stress. Cewah ! Buat muka bangga pula ya? Sebenarnya macam tak percaya plak ! Hanya beberapa hari saja aku buat PSM ni ! Hebat bukan anak En. Azman nih?

Misi aku pagi esok adalah print PSM dekat atul. Lepas tuh hantar PSM ! Sebelum tuh.... Isi dulu log book ni !

Pernah di hilangkan oleh Dr. Ridzuan !

Misi sekarang pula download cerita adam dan hawa episod 60 ! Ok ! adios !



Ikhlas,
Gadis Comel

Wednesday 5 December 2012

Tahniah Uda !

Assalamualaikum... Hye...

Rajin pula hari-hari aku update blog. hehe Padahal PSM tak reti-reti nak siapkan. Hoi ! Lagi dua hari nak kene hantar taw ! Sedar-sedar sikit wahai Cik Nafisah oi ! Eh ! Tetibe pulak !

Hm..... Berbalik pada tajuk entry ni, aku sebenarnya ingin mengucapkan tahniah kepada adik ku uda @ Hanisah binti Azman kerana telah mendapat pekerjaan yang sejajar dengan kos yang dia ambil. Tengok ! Adik dulu yang terlebih dahulu membina kerjaya. Sedangkan kakak di sini sibuk berperang dengan PSM. haha Ni ada nasihat daripada kakak untuk adik. Kerja sungguh-sungguh, duit gaji tuh jangan lupe hulur sikit banyak dekat kakak ni. haha Sebelum tamat aku membebel, aku sajikan korang dengan gambar-gambar semasa aku dan uda bekerja di Outpost Uniform. Daa~

Meje kerja macam kerja tukang jahit

Customer asyik cakap kami kembar je !

Mase ni paling sedih ! Kene kerja masa raya !

Ikhlas,
Gadis Comel

Ikan oh Ikan

Assalamualaikum... Hye...

Tengah kering idea nak buat report, aku singgah di sini. (^_^) Sebelum singgah sini aku singgah kat picture dalam lappy nih. Tibe-tibe ternampak picture ikan. Makanya datanglah idea nak cerite pasal ikan-ikan dan arwah ikan-ikan aku. hehe 

1. Pasha

Pasha (Ikan Laga)


Ikan pertama aku namanya Pasha. Ini adalah antara ikan-ikan yang paling aku sayang ! Konon-kononnye aku beli ikan ni buat peneman @ penganti Izan semase di UMP. Mase tuh hati munge-munge dengan Izan lagi. hahaha Kire tengah bercouplelah. Tak lame lepas tuh, dalam bulan Desember tahun 2012 aku putus dengan Izan. Esoknya, Pasha pown pergi meninggalkan aku. Tulah, gatal sangat anggap Pasha ni pengganti Izan. Kan dah ! Bile clash, Pasha pun nk clash mati juge ! Padan muke aku ! Punca kematian Pasha adalah jangkitan kuman. Aku agak-agak je. Sebab sebelum kematian Si Pasha ni, dia ade buat cubaan nak larikan diri dari balang tuh. Tapi.... Langsung tak berjaya ! hahaha Balik dari pasar malam, aku ternampak jasad Pasha dekat area area kain felt aku. Sejak tuh, keadaan Pasha dah semakin teruk. Badan dia kering even dia berendam dalam air sekali pong ! Tapi nak buat macam manakan. Hayat Pasha tak panjang. sob sob sob

2. Pacha

Pacha ni ikan ke dua aku. Yang ini gambarnya tak ade. Ini pun spesis ikan laga juga. Warne biru juga mcm arwah Pasha. Aku beli Pacha dekat K.L. Mase tuh jalan-jalan kat K.L. Tibe-tibe terjumpe Si Pacha. Kali pertama terus jatuh cinta ! Cewah ! Padahal terkenangkan Si Pasha. Sebab tuh namanya iras-iras Pasha. Hehe Yang ini punca kematian sebab sakit tua. Agaknyalah. haha Sebab angin tak ribut tak ada, tahu-tahu Pacha dah jadi arwah.

3. Ikan Guppy

Untuk ikan Guppy ni tak ade nama. Lapan ekor aku beli. Banyak bukan? Sebab tuh tak ada nama. Ikan guppy ni aku bela sebab suke tengok dia orang berenang-renang. Namun begitu, ajal ikan Guppy ni tak sampai dua minggu. Seekor demi seekor mati. Punca kematian aku sendiri tak tahu kenapa.

4. Ikan Yang Jenis Aku Tak Tahu

Wajah ikan Atul. Picture Ikan Aku Tak Jumpe hehe


Korang tahu tak ini ikan jenis ape? Aku sendiri tak tahu. Yang ini kisahnya sangat sadis ! Malam tuh aku beli ikan ni dekat pasar malam. Atul pun beli ikan ini. Kire aku sepasang, Atul sepasang. Pada malam kejadian ikan Atul ni duduk dengan ikan aku. Esok pagi bile aku bangun, keempat-empat ekor nih semua mati ! Aku suspek dia orang ini mati bunuh diri dengan tahan nafas ! Ini kerane, tiada kesan calar-calar pada badan mereka. 

5. Kiki dan Lala

Sebelah kiri, Kiki. Sebelah Kanan, Lala


Setelah dua jenis ikan yang aku bela tidak panjang hayatnya aku bela pula ikan sepat kuning. Aku bela ikan ni sebab ikan (Cepet) Fatin, jenis yang ini tahan lama. Sebelum nama Kiki dan Lala, aku beri mana Tuah dan Teja. Amboi ! Nama ala-ala pahlawan gitu ! haha Aku tukar jadi Kiki dan Lala sebab dia orang ni asyik bergaduh ! Dah tukar nama pown aku bergaduh ! Makanya aku terpaksa asingkan. Bile cuti sem, aku bawa balik. Aku campurkan dia orang ni dalam akuarium yang besar. Barulah tak bergaduh. Tak lame lepas tuh, aku campurkan Si Lala ni dengan ikan-ikan lain (gold fish, tiger fish, ikan laga). Kiki je aku asingkan sebab Kiki memang garang gile ! Bile esok pagi aku bangun, Lala luke-luke !

Kesan Luka-Luka Badan Lala

Teruk juga luka-luka pada badan Lala ni. Mase bulan puasa, aku bangun sahur Lala dah tak ada. Lame juge Lala hidup selepas luka-luka yang ade dekat badan Lala ni. So, punca kematian Lala mungkin luka-luka pada badan Lala nih tak cukup kering. Bile tengah hari tuh, aku kerje. Tibe-tibe adik aku call. Bagi tahu ikan aku mati. Aku cool lagi. Sebab memang dah tahu pun Si Lala nih dah mati. Tapi.... Bile adik aku ckp Kiki mati, terkejut gile aku ! Angin tak ada, ribut tak ada ! Tibe-tibe Kiki mati ! Hmm aku agak Kiki mati sebab bini dia mati pagi tuh. Ala-ala sweet couple gitu ! hehe

Arwah Kiki


6. Techik



Ini ikan paling latest ! Nama dia Techik sebab dia Techik sangat-sangat. Dia ni spesis Kiki dan Lala juga. Aku berharap Techik dapat bertahan. Erti kata lain jangka hayat dia panjang. Amin... (^_^)


Pejam celik, pejam celik banyak bukan ikan-ikan yang aku bela sepanjang hidup di UMP ni. Dalam setahun tah berape banyak ikan aku mati ! hahaha Sampaikan kawan aku cakap, ko janganlah bela ikan. Elok-elok ikan tuh dapat hidup lame dekat kedai ikan, tapi bile aku bela semua mati. haha Dah macam pembunuh ikan aku ni ! hahaha Haa inilah kisah ikan-ikan perliharaan aku. Sekian, terima kasih !

Ikhlas,
Gadis Comel














Ugutan !

Assalamualaikum... Hye... 

Sebagai final year student kerje yang mencabar mesti banyak bukan? Benda paling mencabar adalah FYP (Final Year Report) dalam erti kata lain PSM (Projek Sarjana Muda). Credit hour subjek ni banyak ok ! 4 tuh ! Tapi aku main-main buat mendealah ni. Orang lain buat research bertahun-tahun. Classmate aku buat research 1 semester. Tapi aku? 1 minggu je ok ! Hebat bukan aku? hahaha 

PSM untuk sem ini aku memang buat main-main. Ini bukan cerite tipu. Ini sebab Dr. Ridhuan la.. Sem lepas aku buat sungguh-sungguh, tiap-tiap minggu jumpe dia. Tapi ape aku dapat? Result PSM lah paling teruk aku dapat ! Kecewa aku bile tengok result. Sebab PSM lah pointer aku jatuh mendadak ! huh ! Paling aku tak boleh terima bile aku ambil balik PSM 1, aku tengok dia pangkahkan objektif aku ! Semua pulak tuh ! Menyirap aku ! Padahal objektif tuh dia yang bagi ! Dah-dah ! Jangan ingat balik. Nanti sedihkan? hehe

Oleh kerane sem lepas tiap-tiap minggu jumpe dia tapi tidak menjanjikan gred yang ok makanya sem ini aku jumpe dia bukan tiap-tiap minggu. Ini semua belajar dari pengalaman. Cewah ! hahaha 7 Disember 2012 last day submit report. Oleh itu, hari ini mahu date dengannya. (^_^) Sebelum pergi date, send message lah kan. Buat appoiment.

Message cinta untuk Dr. Ridhuan



Sementara aku tunggu dia reply message aku. Aku pun sambung balik PSM aku yang tak bersentuh selame berbulan-bulan. Dalam seminit lebih, Dr. Ridhuan reply message aku.





Dia tanye ini siape? Oh ! Nampak sangat Dr. Ridhuan ini pilih kasih ! Dia tak ingat student PSM dia ! ok ! Rase nak merajuk ! Oooo... Hari itu Dr. whatsapp Aziera. Pastuh aku dia tak message pulak. Tahulah hp aku tak canggih nak whatsapp. Pastuh tadi aku message dia, dia boleh tanya aku siape? Haa... Aci tak kalau aku nak merajuk sekarang ni? 

So, bile dah pukul 2.30pm aku bertolak ke fakulti. Cewah ! Macam nak kemane je kan? Pergi fakulti je pong ! hahaha On the way ke fakulti, mulut ni terkumat kamit baca ayat kursi lah, selawat lah. Haa tahu takut ! Tuh lah, sape suruh tak jumpe Dr. tiap-tiap minggukan? Sekarang baru terkedek-kedek nak baca jampilah.

Masuk je dalam bilik Dr. terus bagi senyuman yang paling manis. Semanis kurma aku beri. Bincang punya bincang, tetibe dia beri ayat yang aku tidak sangka-sangkakan.

"Manalah budak-budak PSM saya? Nak repeat satu sem lagi ke?"

Amboi ! Dr dah pandai main ugut-ugut sekarang ni ! Dah maju nampak? hahaha Risau pula dengan ugutan Dr. ni. Risau-risau pun aku masih lagi ade mase update blog ni. hahah Dah ! Cukup ! Berhenti menulis. Pergi buat PSM. Silalah sedar jumaat ini dah kene submit ! Okeh, sampai sini je aku bercoloteh. (^_^)

Ikhlas,
Gadis Comel



Monday 3 December 2012

Ape Kene Dengan Aku Ni?

Assalamualaikum... Hye...


Ya Allah...
Kenape dengan aku ni? 
Hey ! Dulu aku tak macam inilah !
Hmmm....
Adakah aku sayang dia sangat?
Sampai aku terase setiap kate-kate dia?
Relex ah !
Baca masuk mate kanan, keluar mate kiri !
Lupekan sahaja ini semua !

Ikhlas,
Gadis Comel.


Senyuman Yang Menawan (^_^)

Assalamualaikum... Hye...

Haaa tah dah bape kali entry aku pos hari ini. Ini semua pasal hati sedihlah ni. Tapi tak ape. Walau sedih macam mane pun kite harus senyum ! Senyuma boleh mengubat hati kite yang lara ini. Tahu tak, yang paling menakjubkan, aku dah pandai senyum mase ambil gambar ! Eh ! tetibe hahaha Bersama-sama ini aku sajikan gambar senyuman aku yang menawan. Eh ! macamlah menawan sangatkan? kikiki

Tengok senyuman ku.. menawan bukan ?  
Letih sebenarnya aku belajar senyum ni. Sebab senyuman yang aku belajar ini adalah senyuman untuk menampakkan lesung batu pipit. Tapi, alhamdulilah. Akhirnya berjaya ! yeye ! Tapi itulah, mule-mule aku belajar senyum yang ambil gune front camera dulu. Banyak juga yang picture yang diambil. Banyak juga picture yang tak jadi. hahaha



Mase ni tgh setting senyuman. Tapi dah tersnap !

Yang ini senyuman menjadi ! Tapi ! Goyang ! Qualiti gambar tak menjadi !



Haa... Jangan pikir aku hanya boleh ambil picture gune front camera je. Pakai camera biase pun dah reti taw ! 


Haa ade sikitkan? Tapi tak jelas sangat



Tengok ! Aku dah pandai senyumkan? So, lepas ni tak adalah kawan-kawan cakap aku tak pandai senyum. Okeh sampai sini sahaja aku membebel. Jumpe lagi.

Ikhlas,
Gadis Comel


Sunday 2 December 2012

Ibarat Ditelan Mati Tercekik.. Diluah Mati Terjuih.. Dikemam Mati Tak Bernapas

Assalamualaikum... Hye...

Banyak pula entry aku pos hari ini ya. (^_^) Kenape setiap hujung sem mesti masalah ade je datang? Kenape masalah gedik datang mase hujung sem? hmmmm....

Buat awak yang dikasihi,
Saya tak tahu nak tanya macam mana. Macam nak menangislah pula. Adeh ! Bukan saya hendak pinggirkan awak. Bukan saya tak ajak awak. Tapi bila mengenangkan kate-kate awak sebelum ini, semua itu telah membataskan segala-galanya. Disini awak, disini mereka. Dua-dua pihak perlu saya jaga hatinya. Tolong jangan buat saya macam ni.

Buat hati yang dicintai,
Kenape hati mudah sangat terguris? Kenape suke memendam? Kenape suke syak wasangka? Oh hati, kesian awak. Bile si otak memikirkan si awak dan si mereka, hati terguris. 

Ikhlas,
Gadis Comel 

Yang Lame Mustahil Jadi Yang Baru

Assalamualaikum... Hye...

Barang-barang lame boleh ke jadi seperti yang baru ? Mesti tak bolehkan ? Same jugelah seperti orang. Eh ! Barang dan orang benda yang berbezalah. Yeke? Tapi bagi aku lebih kurang sahaja. Hehehe

Sebenarnya aku nak cakap, aku megharapkan yang lame seperti yang baru. Eh ! Yang baru ini milik aku ke? Ah ! perasanlah kau ! Tapi kenape aku rase seperti milik aku? Ah ! Ko ni kuat beranganlah. Haha Tapi kadang-kadang aku menafikan dia bukan milik aku ! Ah ! sudah ! Macam-macamlah kau ni ! Cakap rupe keling india !

Motip aku tulis entry ini sebenarnya aku masih inginkan yang baru lame. Alahai hati. Kenape macam ini? Mengade-ngadekan kau ni? Daripade kau membebel dakat sini, lebih baik kau siapkan kerje-kerje yang tertangguh tuh. (^_^) daa~

Ikhlas,
Gadis Comel

Ape hal aku ni?


Blog ini akan ku jadikan sebagai diari hatiku. Tempat aku mengaduTempat aku mengarut .


Aku juga sebenarnya tidak pandai menulis .


Macam mane tuh ea? Tak reti menulis ! Tapi sibuk nak ade blog ! 

Ah ! Gedik aku ni ! 

Maaf.... Mungkin blog ini sedikit bosan ! Eh mungkin ke ? Padahal memang membosankan ! 

Bukan sedikit membosankan. Tapi banyak ! hahaha




Pendatang Baru

Assalamualaikum
Hye kite ini pendatang baru. Saje gedik gedik buat blog. (^_^)