Assalamualaikum... Hye...
Sebagai final year student kerje yang mencabar mesti banyak bukan? Benda paling mencabar adalah FYP (Final Year Report) dalam erti kata lain PSM (Projek Sarjana Muda). Credit hour subjek ni banyak ok ! 4 tuh ! Tapi aku main-main buat mendealah ni. Orang lain buat research bertahun-tahun. Classmate aku buat research 1 semester. Tapi aku? 1 minggu je ok ! Hebat bukan aku? hahaha
PSM untuk sem ini aku memang buat main-main. Ini bukan cerite tipu. Ini sebab Dr. Ridhuan la.. Sem lepas aku buat sungguh-sungguh, tiap-tiap minggu jumpe dia. Tapi ape aku dapat? Result PSM lah paling teruk aku dapat ! Kecewa aku bile tengok result. Sebab PSM lah pointer aku jatuh mendadak ! huh ! Paling aku tak boleh terima bile aku ambil balik PSM 1, aku tengok dia pangkahkan objektif aku ! Semua pulak tuh ! Menyirap aku ! Padahal objektif tuh dia yang bagi ! Dah-dah ! Jangan ingat balik. Nanti sedihkan? hehe
Oleh kerane sem lepas tiap-tiap minggu jumpe dia tapi tidak menjanjikan gred yang ok makanya sem ini aku jumpe dia bukan tiap-tiap minggu. Ini semua belajar dari pengalaman. Cewah ! hahaha 7 Disember 2012 last day submit report. Oleh itu, hari ini mahu date dengannya. (^_^) Sebelum pergi date, send message lah kan. Buat appoiment.
![]() |
Message cinta untuk Dr. Ridhuan |
Sementara aku tunggu dia reply message aku. Aku pun sambung balik PSM aku yang tak bersentuh selame berbulan-bulan. Dalam seminit lebih, Dr. Ridhuan reply message aku.
![]() |
Dia tanye ini siape? Oh ! Nampak sangat Dr. Ridhuan ini pilih kasih ! Dia tak ingat student PSM dia ! ok ! Rase nak merajuk ! Oooo... Hari itu Dr. whatsapp Aziera. Pastuh aku dia tak message pulak. Tahulah hp aku tak canggih nak whatsapp. Pastuh tadi aku message dia, dia boleh tanya aku siape? Haa... Aci tak kalau aku nak merajuk sekarang ni?
So, bile dah pukul 2.30pm aku bertolak ke fakulti. Cewah ! Macam nak kemane je kan? Pergi fakulti je pong ! hahaha On the way ke fakulti, mulut ni terkumat kamit baca ayat kursi lah, selawat lah. Haa tahu takut ! Tuh lah, sape suruh tak jumpe Dr. tiap-tiap minggukan? Sekarang baru terkedek-kedek nak baca jampilah.
Masuk je dalam bilik Dr. terus bagi senyuman yang paling manis. Semanis kurma aku beri. Bincang punya bincang, tetibe dia beri ayat yang aku tidak sangka-sangkakan.
"Manalah budak-budak PSM saya? Nak repeat satu sem lagi ke?"
Amboi ! Dr dah pandai main ugut-ugut sekarang ni ! Dah maju nampak? hahaha Risau pula dengan ugutan Dr. ni. Risau-risau pun aku masih lagi ade mase update blog ni. hahah Dah ! Cukup ! Berhenti menulis. Pergi buat PSM. Silalah sedar jumaat ini dah kene submit ! Okeh, sampai sini je aku bercoloteh. (^_^)
Ikhlas,
Gadis Comel
No comments:
Post a Comment